web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Satu Di Kelantan, Kembar di Lembah Klang, Sindiket Kereta Klon Masih Aktif?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 6:32PM

Gambar sekadar hiasan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kewujudan dua kereta ‘kembar seiras’ yang berkongsi nombor plat sama tetapi berada di dua negeri berbeza menimbulkan tanda tanya, apakah sindiket kereta klon masih bergerak aktif meskipun negara dibelenggu pandemik COVID-19.

Penemuan mengejutkan itu membabitkan dua kereta terpakai berjenama Volkswagen, masing-masing dari model Scirocco yang menggunakan nombor pendaftaran WC4403R.

Bezanya, sebuah kereta itu sedang dijual di Kelantan, manakala ‘kembar’ kenderaan berkenaan berada di sekitar Lembah Klang.

Getaran mendapati bahawa kereta yang di berada di Kota Bharu, Kelantan itu sedang dijual menerusi laman sesawang e-dagang, mudah.my, pada harga RM56,800 sejak lima bulan lalu oleh Razlan Maju Enterprise.

Menurut, seorang wakil jualan Razlan Maju, pemilik terdahulu kereta import yang didaftarkan pada 28 Januari, 2010, itu adalah seorang inidividu dikenali sebagai Muhammad Hilmi Hassan, dari Pasir Gudang, Johor.

Sekadar pencerahan, kereta klon merujuk kepada kenderaan bermotor dengan nombor plat sama dengan kenderaan yang telah didaftarkan secara sah.

Secara ringkasnya ia boleh ditakrifkan sebagai pencurian identiti kenderaan.

“Hanya setelah kereta disita dan melalui ujian kimia dari JPJ sahaja barulah ia boleh disahkan sebagai kereta klon,”

Buat masa ini kereta tersebut masih belum terjual, namun iklannya di mudah.my telah dipadam kerana sudah melebihi tempoh pengiklanan.

Siasatan Getaran dengan bantuan pihak berkuasa pula mendapat tahu, pemilik  kereta Volkswagen Scirocco biru di Lembah Klang  yang bernombor plat WC4403R itu, adalah sebuah syarikat, Jairi Trading Sdn Bhd.

Tinjauan juga mendapati kenderaan terbabit sering kelihatan di beberapa kawasan di Ampang seperti Taman Watan, pasar raya Aeon Big Ampang dan Lembah Jaya.

Malah, pada 16 September 2020, kereta tersebut telah diservis di sebuah bengkel kenderaan di Puchong, Selangor.

Carian melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia pula mengesahkan bahawa Jairi Trading telah tamat tempoh perniagaan pada 2008, namun didaftarkan sebagai syarikat baru menggunakan nama yang sama pada tahun seterusnya.

Kereta klon adalah taktik sering digunakan oleh penjenayah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Di Malaysia, kereta klon biasanya diseludup melalui pelabuhan atau sempadan sama ada dari Thailand atau Singapura.

Menurut pakar yang meminta identitinya dirahsiakan, kereta klon bukan hanya sekadar meniru nombor pendaftaran kenderaan malah turut menciplak nombor casis enjin kereta terbabit.

“Hanya setelah ia disita dan melalui ujian kimia dari JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) sahaja barulah ia boleh disahkan sebagai kereta klon,” kata pakar tersebut.

Pada 3 May, JPJ mendedahkan bahawa 95 peratus kereta klon yang diseludup ke Malaysia berasal dari Singapura, dengan kebanyakannya dijadual untuk dilupuskan kerana berusia lebih dari 10 tahun.

Usaha Getaran memaklumkan kepada JPJ berhubung kes Volkswagen Scirocco ini bagaimanapun masih belum menerima sebarang maklum balas daripada jabatan berkenaan. - Getaran, 23 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 5 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 6 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

4

Semasa 7 bulan yang lalu

JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad