web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Buat Amang Seksual Pada 2 Beradik Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 3:13PM

Lakaran fotofit suspek yang dibuat hasil bantuan mangsa yang mengecam muka suspek. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang lelaki yang melakukan amang seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki di sebuah pangsapuri di Seksyen 19, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek dicari selepas seorang wanita berusia 40 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian menimpa dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua beradik itu sedang menaiki tangga untuk menjual kuih di kawasan kediaman, sebelum tangan mereka ditarik seorang lelaki tidak dikenali yang berusia 26 tahun.

“Suspek melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa sebelum kanak-kanak terbabit yang ketakutan berlari pulang sambil menangis.

“Lakaran fotofit dibuat hasil bantuan mangsa yang mengecam muka suspek,” katanya dalam di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek memiliki ketinggian 168 sentimeter dan berbadan kurus.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Susulan itu polis memohon kerjasama orang awam yang mengenali suspek atau mengetahui kejadian itu untuk tampil membantu polis, dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor M Naresh Kumar di talian 016-975 7113. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan