web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP: RM1.2 Juta Kompaun Dikeluarkan Terhadap Pemilik Kilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 1:07PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTK) mengeluarkan kompaun bernilai RM1. 2 juta kepada pengusaha kilang dan majikan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak 1 Jun sehingga semalam. 

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata 1,175 pemeriksaan dijalankan bagi memastikan para pengilang serta majikan mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh majikan ialah tidak mematuhi arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan mengarahkan pekerja datang ke tempat kerja menjangkau 60 hingga 80 peratus, berbanding 30 hingga 40 peratus yang dibenarkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya kesalahan serius lain ialah memalsukan makumat bagi memohon kebenaran beroperasi dengan menyatakan maklumat perkhidmatan penting sedangkan sebaliknya ia semata-mata untuk mendapat kelulusan beroperasi.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di Puchong, Selangor, dekat sini beliau berkata, premis kilang yang didapati memalsukan dokumen mengenai kebenaran beroperasi akan diarah tutup serta-merta. 

Saravanan seterusnya mengingatkan pengusaha industri terlibat agar mematuhi SOP yang dijalankan kerana JTK akan terus melakukan penguatkuasaan secara agresif agar jangkitan kluster COVID-19 di tempat kerja dapat dikawal.

Sementara itu Saravanan berkata kerajaan sedang mengkaji cadangan supaya bayaran levi untuk pekerja asing dipindahkan kembali kepada majikan untuk menanggung kos ujian saringan COVID-19 pekerja asing mereka.

"Ini supaya ia (bayaran levi) boleh digunakan untuk saringan lebih kerap. Saya telah cadangkan kepada menteri kewangan tunggulah keputusan menteri kewangan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan