web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terbabit Kes Pecah Syarikat Kurier, Koperal Dan Sarjan Polis Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 3:42PM

Polis menunjukkan wang tunai yang dirampas daripada beberapa suspek yang ditahan dalam kes pecah masuk sebuah syarikat kurier di Alor Setar, beberapa hari lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang sarjan dan dua koperal polis merupakan antara enam individu yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes pecah masuk pejabat cawangan sebuah syarikat kurier, sebelum melarikan peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 beberapa hari lalu. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, Rabu lepas dengan beberapa individu yang dipercayai anggota sindiket, memecah masuk ke dalam premis tersebut. 

Katanya, mereka terlebih dulu mencabut fius utama bekalan elektrik di bahagian luar premis, hingga menyebabkan kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum mengumpil pintu utama bagi masuk ke pejabat terbabit.

"Hasil maklumat serta risikan awam, pihak kami berjaya menahan seorang suspek hanya beberapa jam selepas kes itu berlaku, sebelum menahan pula dua lagi suspek terdiri daripada orang awam pada Khamis. 

"Semalam, kami menahan pula tiga anggota polis tersebut bagi membantu siasatan. Setakat ini, kami masih menyiasat peranan dimainkan anggota polis berkenaan serta hubungan mereka dengan sindiket terbabit," katanya. 

Tambahnya, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun. 

"Susulan penahanan itu, kami berjaya menemukan dan merampas wang tunai berjumlah RM263,295, tujuh telefon pintar pelbagai jenama, sebuah peti besi serta sebuah mesin pencanai dipercayai digunakan bagi membuka peti besi berkenaan," katanya.

Lakaran dua suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pecah masuk sebuah syarikat kurier di Alor Setar, beberapa hari lalu.
Lakaran dua suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pecah masuk sebuah syarikat kurier di Alor Setar, beberapa hari lalu.

Dalam pada itu Kamarul Zaman berkata, pihaknya sedang memburu dua individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berkaitan kes itu.

Individu pertama adalah Muhamad Nur Fahmi Che Pi, 28, dengan alamat terakhirnya di Kampung Berjaya, Alor Setar manakala individu kedua adalah Muhamad Amin Hassan, 23, yang alamat terakhirnya di Taman Rinting, Masai, Johor. 

"Kami percaya kedua-dua mereka masih berada di Kota Setar. Mereka diyakini mampu membantu siasatan kes, termasuk berkaitan baki wang yang masih belum ditemukan," katanya. 

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 1 Julai depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 14 tahun, denda serta sebatan. - Getaran, 26 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka