web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Ayat Samar-Samar, Gabungan Kesatuan Sangsi Jaminan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 6:15PM

Gambar Fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengunaan ayat yang disifatkan sebagai samar-samar menjadi punca kesangsian gabungan kesatuan pekerja-pekerja Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap 'jaminan' kerajaan untuk tidak menjual Lapangan Terbang Subang.

Jurucakap gabungan tersebut, Hussin Shahar, berkata, kenyataan dari Kementerian Kewangan (MOF) berkenaan isu itu yang dikeluarkan semalam, gagal untuk meyakinkan kesemua ahli kesatuan MAHB di seluruh negara.

“MOF tidak menyatakan dengan jelas bahawa ia, ataupun Kabinet, telah menolak cadangan untuk menjual sekali gus menswastakan Lapangan Terbang Subang. Kenapa tak guna bahasa yang ‘straight forward’ sahaja? Kenapa susah nak berterus terang?

“Penggunaan ayat ‘setakat ini’ dalam kenyataan itu membuatkan saya rasa seolah-olah kerajaan hanya ingin mengaburi mata mereka yang membantah dan mendiamkan barisan pengkritik setelah isu ini tular,” kata Hussin kepada Getaran.

Hussin, yang juga Presiden Kesatuan Pekerja MAHB Semenanjung (KESMA), menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perenggan keempat dalam kenyataan MOT yang menyatakan bahawa, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

"Malah, amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus membangkitkan isu penjualan lapangan tersebut juga menguatkan lagi kesangsian ahli kesatuan.

“Kami rasa pelik dengan kenyataan itu. Ia seolah-olah satu ugutan,” tegasnya.

Kenyataan MOF semalam adalah susulan daripada desakan oleh gabungan kesatuan pekerja MAHB, yang pada empat hari lalu, mendakwa kerajaan berkeras mahu menjual LTSAAS kepada syarikat swasta WCT Holdings.

LTSAAS dimiliki sepenuhnya oleh MAHB, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan ia adalah antara tujuh daripada 39 lapangan terbang yang memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan.

Adalah dianggarkan penjualan LTSAAS berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion kepada MAHB, berdasarkan tempoh perjanjian konsesi lapangan terbang tersebut yang hanya akan tamat pada 2069.

WCT Holdings dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim. – Getaran, 26 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan