web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agensi MITI Nafi Gaji Penasihat Perubatan Yang Meragukan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 1:19PM

Dr Faizal (kiri) didenda RM311,000 pada 1 Februari 2018 kerana terus merawat pesakit walaupun lesen perubatannya telah digantung. - Gambar dari Twitter Nicholas Gomez

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan spekulasi di media sosial tentang kewibawaan penasihat perubatannya Dr Faizal Anwar dan berkata, beliau berkhidmat tanpa menerima gaji. 

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) berkata Faizal, seorang doktor kosmetik yang dilaporkan digantung khidmat oleh badan perubatan di Australia tidak memikul tanggungjawab utama atau apa-apa fungsi eksekutif dalam pasukan petugas COVID-19 untuk MARii atau MITI. 

“Dr Faizal Anwar berkhidmat sebagai penasihat khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan sistem pengurusan kesihatan berdasarkan data.

“Beliau memainkan peranan hanya apabila diperlukan membabitkan ‘literature review’, kertas penyelidikan dan analisis data penyelidikan, selain bekerja sama dengan pasukan teknikal kami jika memerlukan pemahaman yang terperinci tentang bidang tersebut. 

“Beliau hanya seorang daripada ramai penasihat MARii yang menyumbangkan pengetahuan dan pengalaman teknikal mereka dalam bidang yang berkaitan,”  kata agensi itu bila di hubungi oleh The Vibes.

Beberapa pihak di dalam talian mempersoalkan pelantikan Faizal selepas beliau tampil sebagai tetamu bersama Ketua Pengarah Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari, dalam satu program televisyen tempatan pada Khamis. 

Netizen turut tidak ketinggalan mempersoalkan pelantikan itu, susulan penggantungan yang dikenakan kerajaan Australia.

Mereka juga mempersoalkan kepakarannya dalam menasihati MARii, agensi di bawah bidang kuasa MITI. 

“Keputusan eksekutif MARii adalah tanggungjawab CEO, Datuk Madani Sahari, yang juga berkhidmat sebagai jurucakap utama agensi ini kepada media atau pihak luar yang lain,” tambahnya lagi

Pengguna Facebook, Arnaz M Khairul menarik perhatian yang bekas doktor itu telah digantung khidmat oleh Agensi Peraturan Pengamal Kesihatan Australia pada 19 Ogos, 2016. 

“Tidak hairanlah kenapa pengurusan MITI terhadap pandemik ini menimbulkan banyak persoalan.

“Pakar bedah kosmetik ini digantung khidmat di Australia tetapi sekarang menjadi penasihat khas COVID-19 dibawah MITI.

“Dia juga digantung oleh Majlis Perubatan Malaysia kerana salah laku,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya.

Doktor perunding dan pakar nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah, turut tidak ketinggalan mengulas perkara itu, menerusi satu ciapan di Twitter.

“Sekiranya anda ingin melantik penasihat perubatan, sila periksa kelayakan dan latar belakangnya.

“Jangan ambil yang tiada kepakaran, apatah lagi yang telah dihukum kesalahan salah laku perubatan.”

The Vibes juga menemui laporan berhubung denda dikenakan ke atas Faizal, berjumlah RM311,000 pada 1 Februari 2018 kerana terus merawat pesakit walaupun lesen perubatannya telah digantung. 

Pada Ogos 2017, akhbar Herald Sun di Australia melaporkan, beliau disaman 12 wanita yang mendakwa, lelaki itu melakukan prosedur kosmetik yang meninggalkan parut kekal pada tubuh mereka.

Malaysian Insight pula melaporkan dakwaan pesakit yang berkata, Faizal seorang jurujual hebat dan berjaya meyakinkan mereka menjalani prosedur kosmetik yang tidak diperlukan.

Mereka berkata, dia juga pandai meyakinkan pesakit untuk membiarkan dirinya ‘membetulkan’ kesilapan dilakukannya, yang hanya memburukkan lagi keadaan. - Getaran, 27 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 7 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Malaysia Catat Kemajuan Positif Dalam Daya Saing Global

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Komited Sokong Pertumbuhan Industri Aeroangkasa - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan