web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penutupan Kompleks LKIM Pahang Jejas Bekalan Ikan Segar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 9:49PM

Bekalan ikan segar di Pasar Besar Kuantan terjejas teruk akibat penutupan Kompleks LKIM Pahang sejak 23 Jun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Notis penutupan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, dekat Kemunting, di sini, sejak 23 Jun lalu memberi kesan terhadap bekalan ikan segar dan hasil laut yang diperlukan peniaga.

Walaupun masih terdapat jeti pendaratan nelayan yang lain, antaranya di Beserah dan Pantai Sepat, jumlah bekalan dari jeti terbabit tidak dapat memenuhi keperluan peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan.

Ada antara peniaga mendakwa, mereka terpaksa menjual ikan sejuk beku bagi meneruskan perniagaan mereka, memandangkan itu sahaja cara bagi memastikan permintaan dari pelanggan dapat dipenuhi.

Seorang peniaga Pasar Besar Kuantan, Zahari Mohd Nor, 59, berkata kesukaran untuk mendapat bekalan ikan segar mengakibatkan beliau perlu mencari alternatif lain dengan menjual ikan sejuk beku kepada pelanggan.

“Buat masa ini, kebanyakan peniaga mendapatkan bekalan (ikan sejuk beku) daripada pembekal di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang. Bekalan itu pun tidak banyak dan kalau penutupan Kompleks LKIM disambung lagi selepas ini, memang kami berdepan masalah untuk terus berniaga.

“Sekarang pun kira-kira 80 peratus peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan tidak dapat berniaga disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan dan kalau masalah ini berterusan, susahlah kerana ia adalah sumber pendapatan utama kami,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Peniaga ikan, Zahari Mohd Noor
Peniaga ikan, Zahari Mohd Noor

Seorang lagi peniaga, Mohd Zaki Mat Daud, 53, berharap, masalah penularan COVID-19 yang menjadi punca penutupan Kompleks LKIM Pahang tidak terlalu serius dan kompleks berkenaan dibenarkan beroperasi tidak lama lagi.

“Jika (penutupan) disambung lagi selepas seminggu dua ini, memang kami tidak tahu apa nak buat. Saya sendiri pun sudah beberapa lama tidak dapat berniaga kerana ketiadaan sumber untuk memperoleh bekalan.

“Kalau macam peniaga yang ada ‘contact’ dengan pembekal, mungkin mereka tidak ada masalah sangat, mudah nak dapatkan bekalan, tapi harganya memang mahal berbanding kalau kita ambil sendiri dari jeti (Kompleks LKIM Pahang),” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Rohana Abu Bakar, 51, mengakui berlaku sedikit kenaikan harga ikan segar berbanding sebelum penutupan Kompleks LKIM Pahang.

Beliau yang menetap di Indera Mahkota 1, perlu memandu kira-kira 20 kilometer untuk ke Pasar Nelayan Beserah bagi membeli ikan segar, memandangkan bekalan dan pilihan ikan segar di Pasar Besar Kuantan agak terhad.

“Harga memang ada naik sikit dan ini ada kaitan dengan kesukaran untuk peniaga mendapatkan bekalan ikan segar.

“Macam harga ikan pelaling, biasanya harga antara RM12 hingga RM14 sekilogram, tapi hari ini, RM16 sekilogram. Tapi, kita beli jugalah sebab ini saja (pilihan) yang ada,” katanya.

Bagi seorang lagi peniaga, Ghazli Yusof, 61, pula berharap pihak berkuasa dapat membantu mempermudahkan urusan peniaga mendapatkan bekalan dari jeti pendaratan ikan persendirian, bagi memastikan golongan berkenaan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan sedang menyusun ikan yang dijual di gerai miliknya.
Peniaga ikan di Pasar Besar Kuantan sedang menyusun ikan yang dijual di gerai miliknya.

“Kita bukan untung besar dan sekarang memang susah nak dapatkan bekalan. Kalau boleh berilah kelonggaran sedikit kepada kami untuk membeli ikan dari jeti bukan komersil, jeti nelayan persendirian dan jeti komuniti.

“Sekurang-kurangnya kita sama-sama boleh cari makan, peniaga pun boleh berniaga dan nelayan kecil-kecilan pun boleh cari makan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah LKIM Pahang, Farah Shahadah Zakaria dalam satu kenyataan media semalam berkata, isu kekurangan bekalan ikan segar tidak sepatutnya timbul kerana terdapat 123 kapal terdiri daripada kapal pukat tunda, pukat jerut dan bubu yang belum mendaratkan hasil tangkapan mereka. 

Katanya, kapasiti kesemua kapal ini dianggarkan berjumlah 1,067 tan metrik dan mencukupi untuk bekalan sepanjang tujuh hari Kompleks LKIM Pahang ditutup. 

“Selain itu, kita juga mempunya tiga pasar nelayan di sekitar Kuantan iaitu di Balok, Kempadang dan Sepat yang mendapat bekalan terus dari nelayan Zon A yang menggunakan sampan jenis fiber. 

“Pasar nelayan ini beroperasi enam hari seminggu, bermula hari Sabtu hingga Khamis dan kita percaya masalah bekalan ikan segar kepada pelanggan tidak akan terjejas,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan