web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penstrukturan Transaksi Wang, Ahli Perniagaan Wanita Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 5:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –  Seorang ahli perniagaan wanita bakal didakwa di mahkamah esok, akibat pembabitan dalam aktiviti penstrukturan transaksi wang berjumlah lebih RM230,000.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia adalah pendakwaan pertama membabitkan kes seumpama itu di negara ini.

“Suspek yang berusia lingkungan 50-an itu disyaki terlibat dalam aktiviti tersebut kerana cuba mengelak dikesan oleh pihak bank, yang perlu melaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan transaksi kemasukan atau pengeluaran wang dengan jumlah melebihi RM50,000 sehari.

“Sekitar Januari hingga Mei 2018, suspek dipercayai telah mengarahkan seorang individu mendepositkan wang ke dalam akaun perniagaannya dengan jumlah lebih kecil, iaitu tidak melebihi RM50,000 secara berkali-kali pada hari sama.

“Perbuatan itu dibuat bagi mengelakkan transaksi berkenaan dilihat sebagai mencurigakan,” ujarnya.

Sumber itu memberitahu, jumlah keseluruhan wang dimasukkan ke dalam akaun perniagaan milik suspek ialah RM230,000, yang dipecahkan kepada beberapa transaksi.

“Pihak bank yang terlibat dalam menguruskan transaksi itu tidak membuat Laporan Transaksi Tunai (Cash Threshold Report-CTR) kepada pihak BNM kerana transaksi yang dilakukan secara berganda pada hari yang sama adalah dibenarkan,” ujar sumber tersebut.

Tambah sumber itu, CTR merupakan mekanisme digunakan BNM untuk memantau sebarang transaksi tunai sama ada deposit atau pengeluaran yang dilakukan di bank.

“Penstrukturan transaksi atau ‘smurfing’ merupakan satu teknik yang digunakan penjenayah kewangan untuk memasukkan atau mengeluarkan wang tunai, hasil daripada kegiatan haram di mana-mana institusi kewangan.

“Ia adalah satu kesalahan dan boleh dituduh di bawah Seksyen 4A(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Jelasnya lagi, BNM pada Disember 2018 telah meminda dan menetapkan kadar amaun CTR daripada RM 50,000 kepada RM25,000 dalam satu hari, berkuatkuasa 1 Januari 2019. - Getaran, 28 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad