web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlekeh Agong, 36 NGO Buat Laporan Polis Terhadap Idrus Harun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 3:33PM

Mustafa Mansor (tengah) bercakap kepada media selepas membuat laporan polis. - Tangkap layar daripada video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM)  memfailkan laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, susulan kenyataannya yang memperlekehkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Koordinator GBMRM, Mustafa Mansor  berkata, kenyataan dibuat Idrus itu jelas memperkecilkan kuasa dimiliki Seri Paduka.

Menurut beliau, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi negara, malah turut bercanggah dengan pendirian Raja-Raja Melayu.

“Serentak dengan laporan ini, kami juga akan menyerahkan satu memorandum berkaitan isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

“Saya juga mendesak sahabat- sahabat di seluruh Malaysia supaya menyerahkan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing,” katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pantai di sini hari ini.

Menurut Mustafa, kemerdekaan negara tidak ada ertinya jika seorang penjawat yang seharusnya arif dengan sistem perundangan, mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Jika isu seperti ini dibiarkan begitu sahaja, institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi akan dihormati.

“Kami harap pihak polis akan turut memberi kerjasama mengenai isu ini, kerana jika tiada tindakan diambil oleh mana-mana pihak, perkara sebegini akan menjadi teladan yang buruk kepada rakyat,” tegasnya. - Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan