web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Normalisasikan Tindakan Membunuh Diri - Timbalan Mufti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 4:50PM

Datuk Zamri Hashim - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Stigma kepada perbuatan orang yang membunuh diri sebagai tidak waras adalah satu pandangan yang salah, dan ia tidak sepatutnya dinormalisasikan, kata Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim.

Beliau berkata, masyarakat juga perlu berhati-hati dalam memberi pandangan mengikut hadis Rasulullah SAW, agar ia tidak menjadi pencetus seolah-olah membunuh diri itu adalah sesuatu yang dibenarkan.

“Kita ambil yang asas, yang mana perbuatan bunuh diri itu termasuk dalam salah satu daripada dosa-dosa besar. Sekiranya ada bukti-bukti tindakan bunuh diri itu dilakukan dengan iktikad keyakinan bunuh diri itu halal, maka matinya itu mati kafir, kerana menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah.

“Namun, jika kejadian bunuh diri itu tiada bukti-bukti yang dia menghalalkan perbuatan tersebut, matinya masih dalam Islam dan dia wajib diselenggara (dikategorikan) sebagai seorang Islam,” katanya ketika menjadi panel pada program bual bicara Seminar Kelestarian Integriti, di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Program tersebut turut membariskan tiga lagi panel iaitu Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak Khairul Ridzuan Mat Said, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak Dr Mohd Zamri Md Ali.

Mengulas lanjut, beliau turut menyeru agar masyarakat menggandakan keprihatinan bersama anggota keluarga, kejiranan, rakan-rakan serta sesiapa sahaja, agar mereka tidak merasa sendirian mahupun tersisih daripada bantuan serta orang ramai.

Dalam pada itu beliau berkata, saluran bantuan juga boleh diberikan kepada mana-mana pihak atau agensi di negeri ini, sekiranya sesetengah individu tidak dapat memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Di Perak kita ada banyak pihak dan agensi yang boleh membantu. Sekiranya individu tidak dapat membantu orang yang dalam kesusahan, salurkan sahaja maklumat dan bantuan kepada mana-mana pihak,” jelasnya.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini kes kematian akibat bunuh diri semakin meningkat, disaat pihak kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Beliau menarik perhatian, antara faktor penyumbang kejadian ini disebabkan kematian ahli keluarga berikutan COVID-19, hilang pekerjaan, putus asa, masalah pembelajaran dalam talian (PDPR) dan sebagainya.

Dilaporkan, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak 18 Mac hingga 30 Okt tahun lalu ketika PKP 1.0, sebanyak 266 kes bunuh diri telah dilaporkan dan ia terus meningkat ketika ini.

Pada 16 Jun lepas terdapat tiga kes bunuh diri dilaporkan pada hari yang sama, diikuti pada 18 Jun dan yang terbaru, mayat lelaki berumur 56 tahun ditemui tergantung akibat bunuh diri di Balakong, Selangor semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan