web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin: Kerajaan Fokus Kepada Sektor Industri Yang Beroperasi Ketika PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 5:33PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan ketika ini sedang memberi fokus untuk menyelesaikan proses vaksinasi, kepada sektor perindustrian yang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan kerajaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan hanya akan melihat kepada sektor lain seperti pelancongan, selepas menyelesaikan proses vaksinasi kepada sektor tersebut.

“Kita fokus dulu kepada industri yang masih beroperasi waktu PKP. (Ketika ini) banyak kilang terpaksa beroperasi. Selepas itu baharu kita melihat kepada sektor-sektor yang lain.

“Mungkin bila dah sampai ke proses peralihan fasa kedua atau ketiga (Pelan Pemulihan Negara), saya akan bincang semula dengan Ketua Menteri (Datuk Seri Sulaiman Md Ali), mungkin kita akan lihat kepada sektor pelancongan pula seperti hospitaliti, hotel, penarik beca dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) peringkat negeri Melaka, yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Seri Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, beliau menjangkakan PICK di Melaka akan selesai pada November depan, menerusi pertambahan pusat pemberian vaksin (PPV) dan penghantaran dos vaksin yang lebih banyak bermula Julai.

Antara PPV yang akan dibuka bermula Julai ini termasuklah di Yayasan Toh Puan Zarina, PPV pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, tiga PPV di hospital swasta dan 36 di klinik kesihatan, yang akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada 13,000 dos sehari, berbanding purata 7,000 dos sehari ketika ini.

“Saya telah maklumkan kepada Ketua Menteri setakat hari ini, kita hanya hantar secara keseluruhan lebih kurang 200,000 dos vaksin sejak Februari lalu ke Melaka, tetapi untuk Julai sahaja kita akan hantar 368,000 dos.

“Kita cuba untuk menampung permintaan daripada Ketua Menteri, yang sangat prihatin kepada pembukaan semula sektor ekonomi Melaka, memandangkan Melaka banyak bergantung kepada sektor pelancongan, peruncitan dan sebagainya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 6 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan