web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8,000 Nelayan Asing Ceroboh Pantai Timur, Malaysia Rugi RM4 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 7:28PM

Hamzah Zainudin berkata Malaysia kerugian kira-kira RM4 bilion hasil laut akibat daripada aktiviti pencerobohan bot nelayan warga asing.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Negara berdepan kerugian hasil laut sehingga RM4 bilion, susulan pencerobohan nelayan asing di perairan Pantai Timur negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah berkenaan membabitkan lebih 8,000 bot nelayan sepanjang 26 Jun 2020 hingga Jun tahun ini.

Menurut beliau, maklumat berkenaan adalah hasil risikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melalui Op Naga.

“Modus operandi nelayan ini adalah melakukan operasi di tengah malam dan sentiasa menukar krew atau anak kapal sebagai taktik mengelirukan pihak berkuasa.

“Apabila kita lakukan risikan, didapati ada lebih kurang 8,000 bot Vietnam melakukan operasi tengah laut dan melarikan diri bila didekati,” katanya kepada media selepas memantau operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) di sini hari ini.

Menurut beliau, Op Naga Laut yang digerakkan APMM tiga negeri, Pahang, Terengganu dan Kelantan berjaya merampas hasil laut bernilai RM115 juta tahun lalu.

“Pada tahun lepas sahaja APMM merampas 94 bot nelayan Vietnam dan menahan 965 anak kapal.

“Untuk tahun ini sahaja, jumlah rampasan ialah RM79,760,00 yang turut melibatkan 64 buah bot dan penahanan 559 anak kapal,” katanya. - Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan