web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Dakwaan Wanita Dihubungi Anggota Selepas Mohon Kebenaran Rentas Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 7:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan susulan dakwaan seorang wanita yang dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp selepas membuat permohonan kebenaran rentas negeri, seperti yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu hantaran oleh wanita berusia 26 tahun itu yang tular di Twitter.

“Wanita itu memaklumkan dia telah pergi ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran rentas negeri sebelum dihubungi melalui mesej WhatsApp oleh anggota polis.

“Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat wanita yang bekerja sebagai penganalis pelaburan di Balai Polis Gombak kira-kira 7.30 malam tadi dan dia akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan.

Jelasnya, polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

Ashari berkata, kes disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi perbualan antara dirinya dengan individu didakwa anggota polis selain mempersoalkan tindakan anggota tersebut menghubungi dirinya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan