web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Terkorban Angkara COVID-19, Fauziah Risau Masa Depan Keluarga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 2:45PM

Fauziah (kanan) dan anak tunggalnya, Nur Ainaa. - Gambar Syeda Imran

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Suamiku pergi menghadap Ilahi. Jam 9.48 PM.”

Itulah nota pilu yang ditulis di kalendar, kepunyaan suri rumah Fauziah Rozali, 65, pada ruangan bertarikh 2 Jun 2021.

Kalendar milik Fauziah yang memaparkan tarikh suaminya, Abdul Ghani meninggal dunia dan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40.
Kalendar milik Fauziah yang memaparkan tarikh suaminya, Abdul Ghani meninggal dunia dan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40.

Apa yang lebih menyayat, di tarikh seterusnya iaitu 3 Jun, tertera pula peringatan tentang tarikh ulang tahun perkahwinan Fauziah dengan suaminya, Abdul Ghani Sali, 63, yang maut angkara COVID-19.

“Seorang kawan arwah yang dijangkiti COVID-19 datang memeluknya semasa dia selesai mengerjakan solat Subuh di surau,” cerita Fauziah kepada Getaran di kediamannya di Pangsapuri Kayu Ara, Bandar Utama, hujung minggu lalu.

Itu adalah detik yang menyaksikan suami tercinta dijangkiti virus maut tersebut.

Fauziah Rozali mengalir air mata ketika menceritakan mengenai arwah suaminya.
Fauziah Rozali mengalir air mata ketika menceritakan mengenai arwah suaminya.

Fauziah terdiam seketika, matanya mulai berkaca.

Apabila menyambung semula kisah malang yang menimpa keluarganya, suara Fauziah mula terputus-putus bersulam esakan sayu.

“Selepas suami saya disahkan positif COVID-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, saya dan anak saya pula dijangkiti wabak itu.

“Saya dimasukkan dalam wad COVID-19 Hospital Kuala Lumpur manakala anak pula dikuarantin di MAEPS di Serdang. Maka terpisahlah kami tiga beranak,” katanya.

Suami Fauziah menghembuskan nafas terakhir dua minggu selepas dimasukkan ke hospital dan tiada seorang pun ahli keluarganya dibenarkan untuk datang melawat.

“Doktor yang merawat memberitahu, keadaan suami sememangnya sudah teruk. Saya tidak dapat datang melawat saat-saat akhir beliau kerana kami masih lagi dalam pemerhatian COVID-19.

“Masa diberitahu mengenai pemergian suami, saya rasa macam mimpi, sebab dia kelihatan sihat saja semasa mula-mula masuk hospital,” kata wanita itu, juraian air mata mula membasahi pipi dan pelitup muka dipakainya.

Allahyarham Abdul Ghani menghembuskan nafas terakhir pada 2 Jun lalu akibat COVID-19.
Allahyarham Abdul Ghani menghembuskan nafas terakhir pada 2 Jun lalu akibat COVID-19.

Meskipun, dia dan anak perempuannya sudah pulih dari COVID-19, mereka masih menanggung derita kesan sampingan daripada jangkitan wabak tersebut.

“Anak saya sampai sekarang masih terbatuk-batuk. Saya pula akan rasa terhoyong-hayang setiap kali berjalan,” keluh balu itu sambil mengesat air matanya.

Seperti kebanyakan suri rumah yang kehilangan suami gara-gara jangkitan COVID-19, Fauziah turut berdepan kemelut kewangan akibat hilang punca pendapatan.

Fauziah juga adalah seorang daripada 250 keluarga di Pangsapuri Kayu Ara yang menerima bantuan barangan keperluan harian dan makanan oleh beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), diketuai Pertubuhan Kebajikan Amal Sirih.

Warga emas yang menetap di Pangsapuri Kayu Ara ini menerima bantuan bekalan barang keperluan asas.
Warga emas yang menetap di Pangsapuri Kayu Ara ini menerima bantuan bekalan barang keperluan asas.
NGO yang terbabit dalam memberikan sumbangan di Pangsapuri Kayu Ara, Bandar Utama, Kuala Lumpur.
NGO yang terbabit dalam memberikan sumbangan di Pangsapuri Kayu Ara, Bandar Utama, Kuala Lumpur.
Bantuan yang disediakan NGO untuk mereka yang memerlukan di Pangsapuri Kayu Ara, Bandar Utama, Kuala Lumpur.
Bantuan yang disediakan NGO untuk mereka yang memerlukan di Pangsapuri Kayu Ara, Bandar Utama, Kuala Lumpur.

Walaupun bersyukur dengan bantuan seumpama itu, Fauziah tidak dapat lari daripada dihambat kerisauan, khususnya apabila memikirkan nasib dia dan keluarga yang kehilangan tempat bergantung.

Malah, usia yang sudah lanjut serta keadaan kaki yang lemah menyebabkan Fauziah tidak dapat berkerja demi menampung kelangsungan hidup dia dan anaknya, Nur Ainaa, 18.

“Saya sudah berumur, kaki pun dah tak kuat nak berjalan. Memang dah tak larat nak cari apa-apa kerja dah.

“Saya berhasrat nak minta bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya untuk hal pembelajaran anak saya kerana masih ada dua tahun setengah lagi untuknya menghabiskan pembelajaran di Kolej Vokasional Gombak,” katanya. – Getaran, 30 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad