web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terputus Bekalan Makanan, Ibu Tunggal Terpaksa Pacak Bendera Putih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 5:54PM

Rohayah menerima sumbangan kewangan dan barang keperluan dapur daripada Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria (kiri), selepas memacak bendera putih di depan rumahnya di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya.

Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak sedemikian kerana keadaannya yang semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lepas.

Rohayah yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak 'terputus' bekalan beras.

"Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab saya selalu ceritakan masalah dialami kepadanya. Jadi, dia sarankan kepada saya gantung bendera putih supaya ada orang akan datang untuk tolong. 

"Ikutkan saya pun tidak tahu mengenai (kempen) bendera putih ini. Alhamdulillah, selepas saya gantung ada pihak yang datang menghulurkan bantuan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Rohayah bersama Amalina menetap di sebuah rumah sewa berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa, dekat sini.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata ketika ini, dia juga mengalami masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada upah mewarna batik dengan bayaran RM2 untuk sehelai kain.

"Paling banyak dalam sehari pun saya terima upah untuk tujuh helai kain batik, tambahan dengan Fasa Satu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini tidak banyak kain batik yang perlu diwarnakan.

"Anak-anak yang lain semua berada di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat membantu saya sebab masing-masing bekerja biasa sahaja dan turut terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19," katanya.

Menurut Rohayah, lebih merumitkan keadaan apabila dia tidak layak menerima bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak mempunyai surat penceraian rasmi.

Terdahulu, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa ke rumahnya bagi memberikan sumbangan wang serta bekalan makanan kepada Rohayah selepas kibaran bendera putih di hadapan rumahnya tular menerusi WhatsApp dan Facebook, sejak pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan kepada Rohayah melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria. Turut hadir Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang Muhammad Sulaiman dan Penghulu Mukim Pulau Kundor Rosli Mat Hussin. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan