web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Mula Saringan Massa Bersasar COVID-19 Isnin Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 8:03AM

Chow Kon Yeow - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pulau Pinang akan melaksanakan program saringan massa COVID-19 dalam komuniti secara bersasar atau Penang Saring COVID-19 (PSC-19), mulai Isnin depan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, PSC-19 akan bermula 5 Julai di Stadium Bandaraya Pulau Pinang melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Pinang, Padang Kota, Dato Keramat dan Pulau Tikus, dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut senarai serta ketetapan yang akan diumumkan kemudian.

“Program PSC-19 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang membabitkan kaedah RTK-Antigen. Selain berurusan dengan pejabat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing, satu aplikasi bagi memudahkan rakyat Pulau Pinang membuat pendaftaran sedang dibangunkan, dikenali sebagai penangsaring.selangkah.my,” katanya menerusi siaran langsung di laman Facebook rasminya di sini semalam.

Beliau turut memohon, agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan untuk menggunakan pendekatan prestasi pencapaian nilai-nilai ambang setiap negeri dan bukannya kebangsaan, dalam memutuskan peralihan ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara, bagi negeri-negeri.

“Ini adalah kerana, setiap negeri mempunyai dan menghadapi kadar jangkitan kes berbeza-beza yang mana memerlukan pertimbangan khusus, dalam menentukan strategi lanjut yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan menerima sebanyak 591,532 dos vaksin bagi bulan Julai ini, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, pecahan penghantaran dos vaksin itu adalah selama empat minggu bermula 5 hingga 28 Julai 2021.

Dengan penerimaan jumlah dos vaksin itu, Kon Yeow berharap Pulau Pinang dapat mencapai tiga matlamat iaitu, 10 peratus populasi disuntik bagi kedua-dua dos vaksin, suntikan vaksin kepada semua yang berdaftar membabitkan kategori warga emas 60 tahun dan ke atas, dan pemberian vaksin kepada yang berdaftar membabitkan kategori umur 60 tahun dan ke bawah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Politik 1 tahun yang lalu

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad