web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 4:57PM

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menyampaikan watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri kepada Chow Kon Yeow pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Taat Setia Serta Sumpah Rahsia Ketua Menteri di Seri Mutiara pada 13 Ogos lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata majlis mengangkat sumpah bagi semua ADUN Pulau Pinang itu adalah tertakluk kepada notis yang diserahkan kepada Yang Dipertua Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk diperkenankan.

Sebelum itu, Chow merasmikan majlis penganjuran STEM Showcase 2023 bersempena dengan Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Persendirian Han Chiang, yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos lalu, gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memenangi 29 kerusi manakala Perikatan Nasional mendapat 11 kerusi.

Chow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 13 Ogos.

Pada 16 Ogos, sebanyak 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Tun Ahmad Fuzi di Dewan Sri Pinang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad