web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CITF Luluskan Sektor Perladangan Dan Komoditi Dalam Program PPV Industri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 3:31PM

Khairy bercakap di sidang media selepas meninjau pelaksanaan proses vaksinasi menerusi CIVac di PPV CIDB hari ini.
 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah meluluskan sektor perladangan dan komoditi sebagai sektor ekonomi keempat yang terlibat dalam program pusat pemberian vaksin (PPV) industri.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata tiga sektor ekonomi lain yang diluluskan sebelum ini adalah sektor pembinaan, pengangkutan dan pembuatan ataupun perkilangan.

Menurutnya, pekerja bagi keempat-empat sektor berkenaan yang dipercayai sebagai sebahagian besar daripada sektor ekonomi yang beroperasi sewaktu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara akan diberi perlindungan vaksin.

“Kami sedang perhalusi perancangan daripada sektor-sektor lain seperti sektor peruncitan dan sektor pelancongan yang mungkin kami akan mulakan kemudian berdasarkan kepada keutamaan dari sudut pengoperasian sektor-sektor mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara,” katanya pada sidang media selepas melawat Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) di sini hari ini.

Sementara itu Khairy turut mengumumkan setakat ini, CITF telah meluluskan 27 PPV industri untuk sektor pembinaan, pengangkutan dan pembuatan ataupun perkilangan di bawah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Khairy berkata program itu setakat ini juga melibatkan 373,327 pekerja dalam ketiga-tiga sektor tersebut dengan sebahagian PPV berkenaan mula beroperasi hari ini, manakala sebahagian lagi pada minggu hadapan.

“Ini adalah jumlah yang kami telah rancang setakat ini berdasarkan kepada keperluan kita untuk mengawal wabak jangkitan COVID-19 mungkin kami akan tambah PPV industri berdasarkan kepada penilaian risiko dan laporan epidemik yang kami akan terima.

“Kalau ada satu risiko tinggi bagi sektor ekonomi tertentu, kami mampu dan boleh berikan vaksin ke sektor tersebut tetapi setakat ini, inilah perancangan yang saya nak umumkan hari ini,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau memaklumkan PPV industri tersebut terbahagi mengikut negeri melibatkan Selangor dengan lima PPV, Pulau Pinang (empat), Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing tiga PPV, sementara Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang masing-masing dua PPV, manakala Sabah, Putrajaya, Perak dan Kedah masing-masing satu PPV.

“Kami berharap dengan adanya program vaksinasi industri, iaitu yang merupakan sebahagian daripada PICK, akan dapat melindungi pekerja sektor ekonomi yang beroperasi dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata keutamaan suntikan vaksin berdos tunggal jenis CanSino setakat ini adalah kepada negeri yang mempunyai penduduk di kawasan yang sukar diakses dan mengikut perancangan, vaksin berkenaan akan diberi kepada Sarawak, Sabah dan negeri di pantai timur.

Beliau berkata pihaknya juga sedang merancang untuk menggunakan vaksin berkenaan kepada kumpulan tertentu seperti golongan pelarian, manakala bagi industri di bawah sektor ekonomi, kekal menggunakan vaksin dua dos kerana didapati mudah untuk dirancang bersama syarikat terlibat.

“Kami berharap sebenarnya menjelang esok saya akan dapat petunjuk bila kami akan mendapat vaksin CanSino, kami telah meminta penghantaran pada bulan Julai,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata sela masa vaksin jenis Pfizer-BioNTech antara dos pertama dan kedua kekal selama tiga minggu, manakala beliau akan membuat pengumuman bagi sela masa untuk vaksin AstraZeneca hanya akan dimaklumkan selepas bekalan vaksin berkenaan tiba hari ini.

Khairy turut memaklumkan bahawa beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba akan mengeluarkan kenyataan bersama esok berhubung pemberian vaksin jenis Pfizer kepada golongan remaja, berusia 12 tahun ke atas susulan laporan berlaku insiden kesan sampingan radang jantung dalam kalangan penerima terutamanya remaja lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad