web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP COVID-19: Op Patuh Besar-Besaran Esok, - Hamzah Zainudin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 6:34PM

Hamzah berkata Op Patuh akan dijalankan selepas pihak berkuasa menerima maklumat ada majikan tidak mengikut SOP yang ditetapkan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa akan menjalankan Operasi Patuh (Op Patuh) secara besar-besaran dan bersepadu esok, dengan tumpuan ke atas negeri-negeri yang masih mencatatkan jangkitan harian COVID-19 yang tinggi seperti Selangor dan Kuala Lumpur, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata operasi itu yang melibatkan semua agensi berkaitan dan diketuai oleh ketua polis daerah, akan menyasarkan kawasan perindustrian termasuk tempat penginapan pekerja yang berisiko tinggi berdasarkan pemetaan yang dibuat sebelum ini. 

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP serta arahan kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan akta-akta sedia ada yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 (JKPS).

Beliau berkata majikan yang didapati melanggar SOP Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara akan diambil tindakan tegas.

Ini kerana menurut Hamzah pihak berkuasa menerima maklumat ada majikan tidak melaksanakan kuarantin ke atas pekerja yang menjadi kontak kepada kes positif.

“Banyak tangkapan di Selangor dan Kuala Lumpur ini, apabila kita tanyakan, sesetengah daripada pekerja ini maklumkan kepada kita kawan dia dah kena COVID-19 tetapi yang lain tidak dikuarantin.

“Semua maklumat ini kita ambil dan kita buat esok dan kita tangkap dengan majikan sekali kerana bukan hanya telah melakukan kesalahan tetapi mereka benar-benar menzalimi pekerja-pekerja mereka,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Op Patuh besar-besaran itu, Hamzah berkata pihak berkuasa akan menggerakkan aset strategik seperti helikopter dan dron serta mengadakan sekatan jalan raya bergerak bagi mengelakkan pekerja melarikan diri.

“Selalunya bila kita masuk pintu depan, dia (pekerja) akan keluar ikut pintu belakang. Jadi dengan adanya helikopter dan dron ini kita dapat melihat keseluruhan kawasan berkenaan,” katanya.

Mengenai Op Patuh dalam tempoh 25 hingga 30 Jun lepas, beliau berkata sebanyak 126,207 premis seperti kilang, asrama pekerja dan premis perniagaan telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 602 kompaun telah dikeluarkan terhadap kilang dan premis, manakala 60 premis telah diarahkan tutup, katanya.

Dalam tempoh 1 hingga 28 Jun lepas pula, seramai 744 pendatang tanpa izin ditahan melalui 169 operasi di seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad