web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tolak Bendera Putih, Lambang Berputus Asa - Mufti Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 6:41PM

Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha oleh golongan kurang berkemampuan untuk memohon bantuan daripada orang ramai.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan itu dianggap sebagai tidak wajar kerana ia mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi oleh mereka.

Sebagai umat Islam, Wan Salim berkata, sikap berputus asa dan mudah mengalah kepada kesusahan dan kemiskinan adalah dilarang dalam agama.

“Jabatan ini berpendapat masih banyak cara lain untuk mendapat bantuan bagi mengatasi kepayahan hidup golongan yang terjejas pendapatannya.

“Di samping bantuan yang sedia disalurkan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, bantuan juga boleh didapati daripada badan-badan dan agensi-agensi tertentu termasuk pusat pengurusan zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), juga syarikat-syarikat swasta, dan sumbangan individu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kempen kibar bendera putih yang dilakukan rakyat di media sosial, khusus membantu individu yang terputus bekalan makanan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.

Wan Salim turut menyeru semua pihak termasuk syarikat GLC dan swasta supaya meningkatkan usaha secara lebih agresif bagi membantu golongan memerlukan.

“Wakil rakyat di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu memainkan peranan sebagai penghubung antara golongan memerlukan dengan pihak yang memberi bantuan.

“Kemungkinan mereka ini tidak tahu cara atau kaedah bagi memohon bantuan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Wan Salim turut mengajak umat Islam supaya memperbanyakkan doa dan bermunajat, agar pandemik COVID-19 ini dapat berakhir segera, selain bersabar dengan ujian yang diberikan Tuhan.

Sementara itu, kerajaan Pulau Pinang hari ini meluluskan serta-merta peruntukan berjumlah RM1.04 juta bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, peruntukan tersebut merupakan peruntukan tambahan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk digunakan membantu rakyat, terutamanya mereka yang terpaksa mengibarkan bendera putih. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Beranak Maut Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Semasa 3 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Politik 21 jam yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan