web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bendera Putih Manifestasi Jeritan Batin Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 7:06AM

Seorang penduduk Kampung Banggol, Pasir Mas, Kelantan mengibarkan bendera putih di depan kediamannya bagi membolehkan orang ramai menyalurkan bantuan. - Gambar Bernama


Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen bendera putih yang menerima sambutan hangat mutakhir ini adalah manifestasi kesengsaraan rakyat, selepas dihambat kemelut pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ia adalah platform untuk rakyat menyuarakan penderitaan mereka, selepas sekian lama terbiar tanpa perhatian pihak berwajib.

Menurut beliau, sambutan hangat diterima setakat ini membuktikan bahawa golongan terbabit menempuh satu situasi yang teramat sukar, apatah lagi dengan pelaksanaan sekatan penuh pergerakan di seluruh negara.

“Isu bendera putih bagi saya menggambarkan luahan perasaan rakyat yang sangat tertekan dan boleh kita anggap jeritan batin (kerana) keadaan sangat sukar (ketika ini).

“Saya percaya mungkin tidak terlalu ramai akan mengibarkan bendera putih tetapi bila kita lihat peningkatan angka bunuh diri akibat COVID-19, jelas wujud satu keadaan yang amat mendesak,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, jumlah purata kes bunuh diri di Malaysia sejak Januari hingga Mac lalu menjelaskan bahawa ia bukan perkara remeh.

“Empat penduduk membunuh diri secara purata sepanjang Januari hingga Mac lalu.

“Jumlah ini jelas satu kebimbangan, kerana ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Katanya, penyelesaian terbaik bagi mengurangkan tekanan rakyat, terutama ketua isi rumah ketika pandemik ini adalah memberikan bantuan segera membabitkan semua bentuk keperluan, tanpa mengehadkan ia kepada makanan semata-mata.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi ketika diminta mengulas kenyataan dibuat Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, usaha menaikkan bendera putih adalah ikhtiar demi kelangsungan sebuah kehidupan.

“Berdoa dan berusaha kena seiring, bila orang hilang segala upaya, usaha dia apa, pastinya dengan mengibarkan bendera putih kerana setidak-tidaknya memberi isyarat kepada jiran tetangga bahawa ada komuniti di kawasan terbabit sangat memerlukan bantuan.

“Sama juga kalau orang tengah lemas, mesti kena bersuara supaya orang lain dengar dan membantu, tak akan dia nak duduk diam dan berdoa sahaja,” tegasnya.

Nik Mohamad Abduh sebelum ini dilaporkan berkata, rakyat tidak seharusnya diajar menyerah kalah ketika menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih, sebaliknya perlu berdoa kepada Allah.

Bagaimanapun kenyataan itu menerima kecaman daripada netizen kerana disifatkan tidak prihatin, memandangkan kempen terbabit adalah usaha membantu pihak berkenaan menerima sumbangan diperlukan.

Razlan Rafii
Razlan Rafii

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, tindakan individu menaikkan bendera itu, tidak menjadi masalah kerana ia bertindak sebagai pemudah cara untuk individu berkenaan memperoleh bantuan.

Jelasnya, Malaysia sudah mempunyai struktur komuniti tersusun dengan setiap kawasan diketuai pemimpin untuk menangani masalah penduduk.

Namun, katanya, dalam situasi tertentu seperti COVID-19 yang menyaksikan ramai penduduk kehilangan sumber pendapatan, tidak salah kempen seumpama itu digerakkan, bagi membolehkan masyarakat setempat lebih peka untuk membantu.

“Kibar bendera putih ini tidak ada masalah pun, tujuannya jangan sampai anak mereka kelaparan dan di Malaysia tidak sepatutnya ada seorang rakyat pun dibiarkan kelaparan,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan