web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Campur Tangan Pembangkang Cemar Inisiatif Bendera Putih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 8:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Campur tangan pembangkang dalam inisiatif bendera putih didakwa telah mencemar niat murni yang digerakkan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, inisiatif tersebut telah mula dirampas dan dijadikan pembangkang sebagai modal untuk mencerminkan kegagalan kerajaan, khususnya oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Menurut beliau, agenda politik itu menyebabkan kempen berkenaan tidak lagi ‘putih’ seperti namanya, kerana kesucian inisiatif tersebut telah tercemar dengan campur tangan pembangkang.

"Kenapa sejak dua tiga hari lalu, pembangkang seperti baru bangun tidur dan tiba-tiba bercakap tentang bendera putih? Mengapa tidak bercakap mengenai jumlah bakul makanan disumbangkan mereka?

"Adakah apabila lebih banyak bendera putih dinaikkan, lebih baik bagi politik Amanah dan DAP? Kamu diam pun, orang tahu jawapannya," katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Hantaran Sanusi itu dipercayai ditujukan kepada Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew, yang beberapa jam sebelum itu secara sinis membidas lelaki berkenaan berhubung gerakan kempen bendera putih di negeri terbabit.

Kok Yew berkata, mengangkat bendera putih bukan mencerminkan kekalahan, tetapi adalah petanda bahawa rakyat amat memerlukan bantuan.

Ingatan tersebut dibuat Kok Yew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga kerana Menteri Besar kelmarin mendakwa, bendera putih hanya membawa dua pengertian dengan satunya adalah petanda tewas dalam perang selain kalah dalam pertarungan tinju.  

Muhammad Sanusi juga dipetik sebagai berkata, wakil rakyat pembangkang boleh menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), jika mereka tidak berduit, malu meminta derma atau kedekut untuk berkorban harta sendiri bagi membantu rakyat.

"Beri nama dan alamat mereka dan petugas PKOB akan hantar. Jika sukar tembusi 'Hotline' PKOB, beri nama-nama itu kepada wakil rakyat kerajaan dan saya jamin, mereka tidak akan bersikap seperti kamu sebaliknya berusaha memberi bantuan.

"Pejabat saya pernah hantar bakul makanan kepada 23 penama yang dikirim Ketua Pembangkang DUN Kedah dalam kawasannya. Kami lakukan tanpa sebarang bendera yang pembangkang mahu sangat orang ramai pasang," katanya.

Tambahnya, mekanisme penyampaian bantuan sedia ada akan terus terpakai di Kedah mengikut cara tersendiri.

"Tanpa bendera apa pun, kita telah lama menghulurkan tangan bagi meringankan beban. Kedah ini kami jadikan tempat berteduh orang miskin dan tempat berbakti bagi orang kaya," katanya. - Getaran 3 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka