web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tingkat Jumlah Pendaftaran, PICK Perlu Lebih Cakna - Dr Sathia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 1:22PM

Dr Sathia Prakash berbual dengan salah seorang pesakit di kliniknya di Rawang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAWANG - Penularan pandemik COVID-19 yang semakin agresif memaksa kerajaan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), bertujuan mempercepatkan proses pemberian vaksin ke atas semua rakyat.

Program secara bersepadu ini antara lain bertujuan mewujudkan imuniti kelompok, bagi melindungi mana-mana individu yang tidak boleh mendapatkan vaksin atas pelbagai faktor kesihatan.

Entah di mana silapnya, perjalanan PICK bagaimanapun tidak selancar diharapkan dan sungutan mengenai proses pendaftaran vaksin masih riuh diperkatakan.

Kepelbagaian aplikasi yang digunakan bagi tujuan berkenaan turut mengundang kekeliruan, apabila ada negeri memilih aplikasi lain, seperti Selangkah oleh kerajaan negeri Selangor, berbanding My Sejahtera oleh majoriti bahagian di Malaysia.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setakat dua hari lalu, sejumlah 16,846,760 penduduk sudah mendaftar, dengan 5,952,815 daripadanya telah menerima dos pertama masing-masing.

Jumlah ini jelas masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan populasi keseluruhan rakyat iaitu 32.5 juta.

Tinjauan Getaran baru-baru ini mendapati, majoriti responden menyalahkan aplikasi My Sejahtera sebagai faktor yang ‘membantutkan’ hasrat mereka untuk mendaftar, kerana disifatkan sebagai ‘tidak mesra pengguna’.

Langkah kerajaan mewajibkan pengguna mendaftar secara dalam talian juga menyukarkan proses ini, apatah lagi ke atas warga emas yang sudah berusia dan tidak cakna dengan perkembangan teknologi terkini.

 Dr Sathia Prakash
Dr Sathia Prakash

Atas dasar ini, pemilik SPCare Group, Dr Sathia Prakash memohon pihak berwajib membenarkan proses pendaftaran vaksin dipermudahkan, bagi membantu kerajaan mencapai sasaran imunisasi pada kadar segera.

Dalam keadaan negara yang dilatari peningkatan membimbangkan COVID-19 jelasnya, pemberian vaksin harus digerakkan secara agresif untuk membolehkan imuniti kelompok diwujudkan secepat mungkin.

“Saya bercakap mewakili suara komuniti warga emas, yang berdepan masalah untuk menggunakan telefon pintar atau aplikasi canggih.

“Bukan semuanya cakna dengan perkembangan semasa, malah sejumlah besar warga emas yang saya temui hanya memiliki telefon bimbit paling asas, sekadar untuk membolehkan mereka membuat atau merima panggilan dan menghantar pesanan,” katanya ketika ditemui di kliniknya di sini baru-baru ini.

Pemilik rangkaian pusat kesihatan itu berkata, pelaksanaan PICK sememangnya wajar diberi pujian, namun ia harus disenggara dengan mengambil kira faktor sampingan, bagi memastikan objektif penubuhan program dapat direalisasikan.

“Apa faktor sampingan itu? Ia adalah dengan memikirkan keadaan warga emas yang berdepan kesukaran untuk mendaftar secara dalam talian.

“Hal ini mungkin tidak berlaku jika mereka tinggal bersama anak masing-masing, tapi bagaimana dengan warga emas yang ahli keluarganya terpaksa merantau ke negeri atau kawasan lain untuk mencari rezeki,” katanya.

Dr Sathia memberitahu, beliau berjaya mengenal pasti beberapa kaedah yang diyakini mampu melicinkan proses pendaftaran golongan terbabit, termasuk penduduk di kawasan pedalaman tanpa capaian internet.

“Memang kuasa internet hanya di hujung jari sekarang, tetapi semuanya adalah buatan manusia yang boleh ditambah baik jika perlu.

“Mengapa tidak proses pendaftaran golongan khas ini dilakukan secara manual oleh agensi yang dilantik khas, bagi membantu mereka mendaftar untuk menerima vaksin pada kadar segera,” katanya, panjang lebar.

Mengulas lanjut beliau berkata, pendaftaran secara manual itu membolehkan golongan terbabit menerima suntikan masing-masing serta-merta, sebelum nama mereka dimasukkan ke dalam aplikasi My Sejahtera atau di laman web vaksincovid.gov.my oleh petugas terlibat.

“Saya tahu kaedah ini ada dilaksanakan di beberapa kawasan pedalaman dan ia amat membantu. Kita harus sedar, capaian internet di sesetengah kawasan masih terbatas, sekali gus menyumbang kepada ‘gangguan’ proses pendaftaran vaksin,” katanya.

Difahamkan, kaedah berkenaan turut diguna pakai kerajaan Singapura untuk warganya yang berusia 60 tahun ke atas, bagi membantu golongan berkenaan menerima suntikan dengan lebih mudah.

“Mereka hanya perlu berkunjung ke mana-mana Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) terdekat untuk menerima suntikan, sebelum nama dimasukkan ke dalam pangkalan data.

“Saya mendapat tahu kaedah sama turut digunakan kerajaan negeri Sarawak, malah Pejabat Kesihatan Daerah Kunak di Sabah juga menggunakan kaedah sama. Hasilnya 5,670 penduduk di mukim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) ketika itu berjaya menerima dos masing-masing,” katanya.

Dr Sathia berkata, rangkaian 13 klinik di bawah SPCare Group turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan menyediakan suntikan vaksin buat warga emas dan golongan berisiko tinggi.

Inisiatif berkenaan jelasnya, dimulakan sejak awal Jun lalu dengan sasaran 90 penerima setiap minggu.

“Setakat ini rangkaian klinik SPCare telah membantu lebih 2,000 penerima mendapatkan dos masing-masing, khususnya penduduk di sekitar Rawang.

“Usaha ini kami jalankan secara berterusan bagi membantu mewujudkan imuniti kelompok untuk penduduk pinggir bandar di kawasan sekitar, termasuk warga emas dan golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Selain menyediakan kemudahan PPV sendiri, SPCare jelas beliau turut menawarkan suntikan secara pandu lalu, khusus untuk golongan kelainan upaya (OKU) atau penerima yang berada dalam keadaan uzur.

“Ada penerima yang hadir dengan berkerusi roda atau tidak mampu berjalan justeru untuk golongan ini, suntikan dilakukan secara pandu lalu dan mereka hanya perlu menunggu di dalam kenderaan dinaiki.

“Ada juga warga emas yang menghidap sakit kronik tetapi memilih untuk divaksin bagi melindungi diri dari dijangkiti virus COVID-19,” katanya.  – Getaran, 3 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi