web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Perak Nafi Gambar Viral Pejabat Diconteng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 10:13AM

Gambar pejabat perhubungan PAS yang didakwa diconteng menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - PAS Perak menafikan beberapa gambar yang viral di media sosial kononnya pejabat perhubungan parti itu di Medan Istana, di sini, diconteng.

Sejak semalam, tular beberapa gambar menunjukkan beberapa bahagian hadapan pejabat itu diconteng dengan pelbagai kata-kata kesat.

Mesej viral berkenaan turut mendakwa, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan gerakan kempen bendera putih.

Ketua Penerangan PAS negeri, Hafez Sabri di laman Facebook PAS Perak berkata, sehingga semalam pejabat berkenaan masih dalam keadaan baik tanpa sebarang kesan contengan atau vandalisme.

Hafez berkata, gambar yang diviralkan selepas dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter itu disifatkan cubaan untuk melakukan provokasi murahan dan fitnah jahat.

“PAS Perak melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

“PAS Perak berharap masyarakat dapat bertenang selepas mendapat penjelasan ini dan bersama kita menolak perbuatan fitnah dan tidak bermoral ini,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan