web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Merempit Hari Pertama PKPD, 7 Remaja Bawah Umur Antara Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 11:58AM

Polis menahan 31 orang dan 26 motosikal dalam Op Khas Motosikal yang diadakan pada hari pertama PKPD di Klang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh remaja antara 31 individu ditahan dalam Op Khas Motosikal kerana ‘merempit’ pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner (ACP) Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi bermula jam 5.30 petang sehingga 10.30 malam itu dijalankan di Jalan Sultan Alaiddin, Bandar Sultan Suleiman oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Menurutnya, operasi sama pernah dijalankan pada 21 Jun lalu namun kumpulan berkenaan masih tidak serik.

"Ketika operasi, ada yang cuba melarikan diri tetapi berjaya dikepung dan hasilnya 31 individu ditahan termasuk seorang remaja perempuan," katanya di sini hari ini. 

Antara mereka yang ditahan dalam Op Khas Motosikal kerana ‘merempit’ pada hari pertama pelaksanaan PKPD di Klang, semalam.
Antara mereka yang ditahan dalam Op Khas Motosikal kerana ‘merempit’ pada hari pertama pelaksanaan PKPD di Klang, semalam.

Nurulhuda berkata, siasatan mendapati tujuh remaja terbabit masih di bawah umur, termasuk perempuan itu yang berusia 16 tahun.

"Kesemua individu yang ditahan adalah warga tempatan berumur antara 13 hingga 23 tahun," katanya.

Dalam operasi itu katanya, 26 motosikal ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh pihak polis.

"Sebanyak 76 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta 20 motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sebanyak 22 kompaun dikenakan mengikut Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam tanpa hala tuju," katanya. - Getaran, 4 Julai 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad