web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit COVID-19 Maut Nahas 2 Motosikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 4:17PM

Dua remaja, dengan salah seorang daripadanya positif COVID-19, maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel sesama sendiri di Jalan Utara, Tawau, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang pesakit COVID-19 adalah antara dua remaja yang maut dalam kemalangan, selepas motosikal ditunggang bergesel sesama sendiri di Jalan Utara, di sini petang semalam.

Nahas itu berlaku di landasan lapangan terbang lama ketika Rendy Salombe, 15 sedang dalam perjalanan menghantar pengecas telefon bimbit milik seorang rakannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) ketika mengesahkan kejadian itu berkata, insiden itu turut meragut nyawa Mohamad Ekhsan, 16 yang maut di lokasi kejadian.

Menurut beliau, motosikal ditunggang Rendy bertembung dengan kenderaan jenis sama dinaiki Mohamad Ekhsan yang sedang dalam perjalanan untuk membeli sayur di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan, siasatan awal, kedua-dua mangsa tidak memakai topi keledar dan berkemungkinan terlibat dalam aktiviti lumba haram.

"Ujian saringan COVID-19 turut mendapati seorang daripada mangsa iaitu Mohamad Ekhsan positif COVID-19," katanya kepada Getaran.

Mayat kedua-dua mangsa jelas Peter, dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan penunggang motosikal dengan nombor pendaftaran ST6117V yang turut berada di lokasi kejadian, berdasarkan rakaman video, semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. – Getaran, 5 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad