web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Panik, 6 Rumah Atas Air Musnah Dijilat Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 1:22PM

6 rumah musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Kampung Panji, Semporna, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Lebih 100 penduduk panik, selepas beberapa kediaman terbakar di Kampung Panji, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, sebahagian penduduk sibuk menyelamatkan barang berharga dan menyiram air laut ke kediaman masing-masing bagi mengelakkan api merebak dengan cepat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah mengesahkan menerima aduan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.07 petang semalam.

"Sepasukan pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna.

"Pada masa sama pasukan bomba BBP Atas Air Semporna dan Kunak turut dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengawal kebakaran," katanya.

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kampung Panji, semalam.
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kampung Panji, semalam.

Menurut beliau, proses memadamkan api perlu dilakukan dengan pantas selepas mengambil kira kedudukan semua rumah berkenaan yang terletak saling berdekatan dan sistem pendawaian kurang sempurna.

"Sebanyak enam kediaman penduduk dan sebuah kedai runcit jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kejadian ini," katanya.

Orang ramai menyelamatkan diri selepas 6 buah rumah air di Kampung Panji terbakar, semalam.
Orang ramai menyelamatkan diri selepas 6 buah rumah air di Kampung Panji terbakar, semalam.

Menurut PGO JBPM Sabah, api berjaya dikawal pada jam 7.54 malam dan tamat sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku.

"Sehingga kini kami masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kejadian tersebut," katanya. – Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan