web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Pekebun Durian: PGA Dihantar Ke Raub Jaga Ketenteraman Awam - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 2:17PM

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Melaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Raub, Pahang bagi menjaga ketenteraman awam di daerah berkenaan berikut kekecohan membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa, semalam.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan agar menggunakan saluran undang-undang yang betul jika terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa.

Beliau berkata isu mengenai pencerobohan oleh pekebun durian itu adalah di bawah bidang kuasa dan urusan Pejabat Tanah Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang.

“Pihak PGA di sana (Raub) adalah bagi memastikan keselamatan mereka terjaga semasa menjalankan tugas dan PDRM tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengganggu-gugat pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Flat Sri Sabah, Cheras yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 3 Julai hingga 16 Julai depan di sini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Mengulas mengenai tindakan beberapa ahli politik yang merentas negeri dan daerah bagi memberikan sokongan terhadap 18 pekebun durian yang ditahan selepas mengganggu tugas anggota penguat kuasa, Acryl Sani berkata polis telah membuka kertas siasatan mengenai perkara itu.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan dikenakan jika terbukti berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara.

Semalam, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, Ahli Parlimen Bentong Wong Teck dan Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilihat hadir ke Mahkamah Raub bagi menyatakan sokongan mereka terhadap 18 pekebun durian yang direman itu.

Penahanan reman terhadap pekebun itu dibuat bagi membolehkan siasatan Jabatan Perhutanan Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub untuk menanam Musang King.

Mengenai pelaksanaan PKPD beberapa daerah dan lokaliti di seluruh negara, Acryl Sani berkata pihaknya akan membawa sebarang isu berkaitan kesejahteraan penduduk terbabit ke sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan setiap minggu.

Beliau berkata PDRM akan sedaya-upaya berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terlibat dengan PKPD.

“Saya mengharapkan agar penduduk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM agar rangkaian jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan dapat diputuskan,” katanya.

Acryl Sani berkata pihaknya juga menggerakkan anggota polis daripada Bukit Aman bagi membantu kontinjen polis negeri yang menghadapi kekurangan anggota berikutan penugasan di kawasan PKPD.

Beliau berkata jumlah anggota yang terlibat bergantung kepada keperluan dan dikaji dari semasa ke semasa.

Pada masa ini, katanya, polis mendapat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam bagi menjaga keselamatan penduduk di kawasan PKPD.

Sementara itu Acryl Sani turut memberi peringatan kepada parti politik agar tidak mengadakan mesyuarat secara bersemuka ketika ini dan percaya semua pemimpin parti politik memahami SOP yang ditetapkan oleh MKN bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Jika pihak polis menerima sebarang maklumat atau laporan mengenai perkara itu, kita pasti akan menyiasat dan membuka kertas siasatan," katanya ketika diminta mengulas dakwaan terdapat parti politik mengadakan mesyuarat semalam menjelang sesi sidang khas Parlimen mulai 26 Julai ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan