web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Anjur Tunjuk Perasaan Pekebun Durian - Ketua Polis Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 4:12PM

Ramli Mohamed Yoosuf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis Pahang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang untuk menganjurkan perhimpunan atau tunjuk perasaan, susulan insiden di perkarangan Mahkamah Majistret Raub, semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran orang ramai perlu dielak atau berdepan kemungkinan dikenakan tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Jika ada argument perlu dilakukan mengikut (peruntukan) undang-undang, tidak ada guna jika kita (bertindak) seolah-olah mahu mengganggu ketenteraman awam dan kemudiannya dipalitkan pula dengan isu lain yang sensitif,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai penularan video membabitkan beberapa ahli politik yang dikatakan melakukan provokasi terhadap pegawai dan anggota polis ketika proses reman terhadap 18 pekebun durian di mahkamah itu semalam, Ramli berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di peringkat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan IPK Pahang.

“Yang jelasnya telah berlaku beberapa kesalahan, kesalahan rentas daerah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Daripada pemerhatian saya melalui video yang ditularkan semalam, tidak ada elemen (berhemah) sebaliknya ditengking herdik terhadap pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas.

“Bagaimanapun, saya bangga dengan tindakan mereka (pegawai dan anggota polis) kerana tidak melatah dengan provokasi dilakukan,” katanya.

Antara Ahli Parlimen dilaporkan hadir di perkarangan Mahkamah Majistret Raub ketika proses reman terhadap kumpulan pekebun haram itu adalah Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor yang juga ahli jawatankuasa (AJK) DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Yusri Othman dilaporkan berkata, siasatan terhadap Ronnie dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah pegawai dan anggota polis Pahang terbabit membantu proses penguatkuasaan dan menjaga ketenteraman awam susulan operasi memusnahkan kebun durian haram di Raub, Ramli berkata, jumlahnya adalah memadai bagi membantu melakukan pemantauan.

Semalam, seramai 18 individu termasuk seorang wanita disyaki pekebun haram ditahan, kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub tanpa kebenaran pada Ahad lalu, direman dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Raub Yusri Wanu Suki.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 187 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat, dan turut disiasat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan simpan tanpa kebenaran. - Getaran, 6 Julai 2021.


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad