web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua Penerima Vaksin Di Selangor Dapat Rebat Pengangkutan RM20 Ke PPV - MB Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 5:47PM

Amirudin Shari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Rebat pengangkutan sebanyak RM20 bagi tujuan perjalanan mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) kini dibuka kepada semua penerima vaksin berusia 18 tahun ke atas di Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penyediaan pemberian rebat bagi perkhidmatan e-panggilan Grab itu memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu dengan peruntukan RM1 juta.

“Tidak sebagaimana yang saya umumkan pada 9 Jun lalu (menerusi Pakej kita Selangor 2.0) bahawa ia terhad kepada mereka berusia 50 tahun ke atas ... kini rebat pengangkutan telah dibuka kepada semua rakyat Selangor yang layak mendapatkan vaksin,” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Amirudin berkata kaedah pemberian subsidi kos pengangkutan adalah sebanyak RM20 seorang, merangkumi kos tambang pergi dan balik dengan kadar lebih kurang RM10 bagi setiap sehala perjalanan.

Permohonan rebat pengangkutan Grab itu boleh dibuat menerusi laman platselangor.com dan Inisiatif MBI Bisnes Amal dengan maklumat cara menggunakan diskaun rebat akan dimaklumkan kepada pemohon.

Pendaftaran bagi rebat tersebut telah dibuka 20 Jun lalu dan tempoh perjalanan sah adalah bermula 1 Julai hingga 30 Sept ini di mana ia boleh digunakan di 40 PPV terpilih di negeri ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Wan Fayhsal, Jangan Tipu! Betulkan Semula Fakta Anda! - MKM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan