web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegawai Kerajaan Rugi RM370,000 Diperdaya Macau Scam Menyamar LHDN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 10:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pegawai kerajaan kerugian RM370,000 setelah diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 33 tahun mendakwa dihubungi oleh seorang suspek lelaki pada 17 Jun lepas, memaklumkan syarikat miliknya tidak membayar cukai untuk tempoh yang lama.

Mangsa yang menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan syarikat itu mendakwa diminta berurusan dengan seorang polis berpangkat Inspektor kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang kerana syarikat itu juga terlibat dalam siasatan jenayah penggubahan wang haram.

“Inspektor itu dikatakan meminta bayaran RM120,000 sebelum 21 Jun bagi menyelesaikan siasatan tanpa tangkapan dan mangsa yang bimbang dengan ugutan itu, mendakwa telah membuat beberapa transaksi pemindahan dalam talian semua wang simpanannya kepada suspek.

“Bagaimanapun, suspek didakwa terus menekan mangsa untuk membuat pelbagai lagi bayaran sehingga mangsa akhirnya membuat pinjaman peribadi di dua buah bank bagi tujuan itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa turut diarahkan untuk memuat turun aplikasi kononnya daripada Bank Negara Malaysia di telefon bimbit, selain perlu mengisi butiran peribadinya di aplikasi itu.

Mangsa mendakwa hanya menyedari ditipu apabila dihubungi kakitangan bank simpanannya semalam, yang ingin membuat semakan kerana terdapat banyak transaksi dalam talian mencurigakan pada akaun mangsa.

“Mangsa mendakwa semakan mendapati wang pinjaman berjumlah RM250,000 telah dipindahkan ke beberapa akaun bank tidak diketahuinya menyebabkan kakitangan bank itu menasihatkannya untuk membuat laporan polis,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Beserah di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan