web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penghantaran Bungkusan Gudang Shopee Tidak Terjejas Susulan Pemeriksaan PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 3:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Shopee memberi jaminan bahawa penghantaran bungkusan dari gudangnya tidak terjejas susulan pemeriksaan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) oleh Polis Diraja Malaysia baru-baru ini dan akan terus beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat e-dagang itu berkata ia komited untuk mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan akan terus menguatkuasakan semua langkah pencegahan yang telah dilaksanakan sejak Mac 2020 untuk keselamatan pekerja barisan hadapan dan pembeli.

Menurutnya, langkah ini termasuk pembasmian kuman di gudang dan hab sebelum setiap syif, pemeriksaan suhu badan terhadap semua pekerja gudang dan penghantar Shopee Express sebelum memasuki premis dan/atau memulakan penghantaran serta penghantaran tanpa sentuh.

“Kami berharap kenyataan ini akan memberi penjelasan mengenai perkara ini dan pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan keperluan anda dengan selamat di rumah,” menurut kenyataan itu.

Pada 3 Julai lepas, pasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan pemantauan SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 49 lokasi berasingan dalam bidang kuasa mereka, termasuk gudang Shopee di Shah Alam.

“Satu isu telah dikenal pasti di gudang kami. Ia disebabkan oleh kesalahfahaman SOP berkenaan pendaftaran pekerja sambilan harian dalam Sistem Pengurusan Pintar COVID​-19 (CIMS). Akibatnya, Shopee telah disaman RM10,000,” katanya.

Menurut Shopee, ia telah bertindak segera mengikut arahan dan akan memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berulang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Gaya 6 bulan yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan