web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran One Off Fasa 2 Pemegang Pingat PJPN Mulai Hari Ini - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 4:13PM

Datuk Zaini Jass - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bayaran one-off fasa kedua sebanyak RM500 kepada 10,000 pemegang Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam kalangan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan disalurkan secara berperingkat mulai hari ini.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass, berkata pembayaran fasa pertama sudah selesai diagihkan bermula 19 April hingga 25 Mei lalu.

Katanya, pembayaran kedua-dua fasa yang dilaksanakan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan semua pesara, bekas dan petugas polis di era darurat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“PDRM menyeru kepada pesara polis, bekas polis dan petugas polis era darurat yang masih belum mendaftar serta mengemaskini maklumat dan dokumen bagi tujuan pemberian ‘one-off’ RM500 ini, diharap dapat membuat pengemaskinian segera melalui sistem ePesara.

“PDRM juga berharap persatuan-persatuan pesara polis dan bekas polis untuk membantu ahli-ahlinha serta pesara-pesara lain bagi mendaftar dan mengemaskini dokumen di dalam siatem ePesara,” katanya hari ini.

Zaini berkata, mereka juga boleh menghubungi Balai Polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mengemaskini perdaftaran.

“Semakan status permohonan boleh dibuat melalui pautan https://epesara.rmp.gov.my.

“Dimaklumkan proses pembayaran peruntukan ini dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga Disember 2022,” katanya.

PJPN dianugerahkan kepada petugas polis dan PDRM bagi menghargai jasa, pengorbanan serta bakti golongan berkenaan kepada negara dalam era darurat, sepanjang berkhidmat untuk Tanah Melayu (Malaysia) bermula 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1990.

Ia turut meliputi perkhidmatan sepanjang era pemberontakan komunis bermula 17 Jun 1949 hingga 2 Disember 1962.

Untuk Sabah dan Sarawak pula, ia mencakupi tempoh dari 1962 hingga 17 Oktober 1990, yang turut dikenali sebagai perkhidmatan semasa darurat. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan