web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Perak Rakam Percakapan Fahmi Redza Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 4:56PM

Fahmi Reza - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Polis telah merakam percakapan pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza berhubung poster Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad yang dimuat naik di akaun Facebook dan Twitternya, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata keterangan diambil oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur dengan kehadiran peguam yang mewakili Fahmi Redza pada minggu lepas.

“Kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya pada sidang media di IPD Muallim di sini hari ini.

Pada 17 Jun lepas, Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Mohd Ariff dilaporkan berkata poster yang dimuat naik pereka grafik itu di laman sosialnya ‘Fahmi Reza’, menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

Sementara itu, Mior Faridalathrash berkata polis Perak akan terus meningkatkan kawalan yang ketat di sempadan daerah dan negeri bagi mengelakkan pergerakan tanpa kebenaran terutama untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha minggu hadapan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan