web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Reput Dipercayai Mangsa Bunuh - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 8:50PM

Abdullah Mohammad Piah (dua kanan) melawat lokasi mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan reput di hutan simpan Ulu Sat di Kampung Chekar, Machang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Seorang wanita yang mayatnya sudah reput ketika ditemui di kawasan Hutan Simpan Ulu Sat di Kampung Chekar, di sini Jumaat lalu dipercayai mati kerana dibunuh.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdullah Mohammad Piah berkata, mayat itu ditemui pada jam 6.30 petang dan disahkan sebagai wanita berdasarkan laporan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mayat berkenaan ditemui tanpa berpakaian dan patah di bahagian rusuk serta tumit. 

“Mangsa dianggarkan berusia di antara 20 hingga 30 tahun dan meninggal dunia sejak sebulan yang lalu,” katanya ketika ditemui di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang selepas melawat lokasi kejadian di sini, hari ini.

Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mati di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di tempat itu.

Katanya, polis percaya mayat mangsa berada di lokasi berkenaan kerana dibawa oleh beberapa individu, memandangkan perjalanan untuk sampai ke lokasi itu dari laluan utama mengambil masa selama 45 minit, ditambah keadaan jalan yang agak buruk.

“Kita belum mengenal pasti identiti wanita berkenaan dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil membuat laporan polis.

“Setakat ini kita menerima satu laporan yang dibuat di Balai Polis Ketereh pada 16 Jun lalu berhubung kehilangan seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 20-an,” katanya.

Abdullah memberitahu, laporan kehilangan dibuat oleh seorang lelaki yang juga bapa saudara mangsa, dan kita sudah menghantar sampel Asid Deoksiribonukleik (DNA) mangsa yang hilang untuk melihat jika ia berpadanan dengan mayat itu,” katanya.

Beliau berkata, proses pengesahan DNA mengambil masa sekitar dua minggu sebelum laporan mengenai dikeluarkan.

“Polis membuka kes itu untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dipercayai dibunuh,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, satu mayat reput dan berkecai dijumpai penduduk kampung berhampiran kebun di Kampung Chekar, 6.30 petang Jumaat lalu. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan