web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waris Terlampau Cuba Seludup Ketum Untuk Pesakit COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 12:26PM

Taktik lelaki cuba seludup air ketum kepada pesakit COVID di PKRC MAEPS, Serdang, semalam berjaya dipatahkan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semakin melampau, itulah gambaran kepada tindakan seorang lelaki yang cuba menyeludup masuk dua botol air ketum kepada pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Hall A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia  (MAEPS), Serdang, semalam.

Cubaan terbabit bagaimanapun berjaya digagalkan petugas penguatkuasa yang ditempatkan di pusat kuarantin terbabit, diketuai oleh Superintendan Norhizam Bahaman.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner (ACP) Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pada jam 7 petang apabila seorang lelaki dengan menaiki motosikal mahu menghantar barangan kepada pesakit.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap bungkusan plastik dibawanya mendapati ia mengandungi dua botol 1.5 liter berisi cecair berwarna kehijauan.

“Kita percaya ia adalah air ketum yang cuba diseludup kepada pesakit di PKRC Maeps.

“Bagaimanapun, ketika pegawai dan anggota sedang memeriksa barangan terbabit, lelaki berkenaan memecut laju motosikal meninggalkan lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau berkata, pelbagai taktik digunakan oleh waris dan rakan pesakit COVID-19 di PKRC Maeps untuk menyeludup masuk barangan terlarang yang kebiasaannya adalah rokok dan vape.

“Ini adalah kali kedua cubaan menyeludup air ketum berjaya dipatahkan di pusat kuarantin ini, justeru pemeriksaan lebih rapi akan dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang barangan terlarang bolos di sini.

“Polis juga memberi amaran kepada waris atau rakan pesakit supaya tidak cuba menyeludup barangan terlarang di pusat kuarantin ini, sebaliknya memberi sokongan moral kepada mereka untuk cepat sembuh daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya. - Getaran 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 4 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 6 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan