web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Fakta PM Tidak Dapat Kepercayaan Majoriti Parlimen - Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 5:47PM

Dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Menurut beliau, Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa penentu untuk seseorang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat hendaklah diputuskan oleh ahli Dewan Rakyat sendiri.

“Bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik atau pun mana-mana pemimpin parti politik,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa parti itu menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri.

Idrus berkata, kenyataan tersebut merupakan kenyataan daripada suatu parti komponen membentuk kerajaan yang dilantik Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya.

Suhu politik negara kembali hangat apabila UMNO menerusi Presidennya menarik semula sokongan diberikan kepada Muhyiddin bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid pada sidang media secara maya awal pagi juga mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat susulan kegagalannya mentadbir negara. - Getaran, 8 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan