web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Ratu Cantik Dituduh Tumbuk Polis, Guna Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 8:24PM

Kohinoor (dua, kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang bekas ratu cantik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC), semalam.

Bagi pertuduhan pertama, Kohinoor Damodaran Kaittiani, 29, didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, Koperal Sharulafirin Sarmadan dengan menumbuknya di Jalan Universiti di sini pada 3 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kohinoor juga didakwa menggunakan dadah jenis THC di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pada 2 petang, tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lau Chia Xin menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, namun peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili Kohinoor memohon jaminan rendah atas alasan perniagaan restoran anak guamnya ditutup berikutan penularan COVID-19.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah kemudian membenarkan Kohinoor diikat jamin RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM1,000 bagi pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin serta menetapkan 6 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, rakan Kohinoor, Quek Shen Tying, 33, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis sama pada 2.15 petang, pada tempat dan tarikh sama, mengikut akta sama.

Mahkamah membenarkan Quek diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan seorang wanita yang juga bekas ratu cantik ditahan selepas bertindak merempuh sekatan jalan raya dan menumbuk anggota polis dalam satu kejadian awal pagi di Lebuh Raya Persekutuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 4 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad