web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAR Tolak Sin Woon Selesai Isu Musang King Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 9:25PM

Choon Sin Woon - Gambar dari Facebook Choon Sin Woon

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Keputusan MCA melantik Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Choon Sin Woon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Tanah Haram Musang King tidak mendapat restu Persatuan Anak Raub (PAR). 

Menurut PAR, mereka menolak sekeras-kerasnya keputusan dibuat MCA kerana menganggap Sin Woon bukanlah individu yang boleh dipercayai. 

Setiausaha Agung PAR, Ahmad Ashraf Abd Aziz berkata, banyak tindakan dan pendekatan diambil Sin Woon sebelum ini dilihat lebih banyak menyebelahi kumpulan pekebun haram Musang King di daerah terbabit. 

"Beliau juga gagal mengemukakan sebarang perancangan atau pelan tindakan selepas MCA mewujudkan Jawatankuasa Khas itu sejak Ogos tahun lalu.

"Malahan, terdapat sumber boleh dipercayai mendakwa Sin Woon mengadakan pertemuan dengan kumpulan pekebun (durian) haram selain dilihat terlalu mesra dengan mereka," katanya. 

Ahmad Ashraf berkata, Sin Woon juga menunjukkan kesungguhan, seolah-olah begitu berminat membantu pekebun haram ini bagi mendapatkan sokongan penuh untuk memastikan Setiausaha Agung MCA itu mendapat sokongan jika dipilih sebagai calon di kerusi Parlimen Raub pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

"Justeru, saya mewakili PAR berpendapat pemilihan dan lantikan Chong Sin Woon bukan sahaja tidak mendatangkan apa-apa hasil yang positif, malah merasakan ia hanya satu gerakan bermotif politik dan mempunyai niat lain. 

"Kami dengan penuh rasa tanggung jawab akan terus merungkai gerakan bawah tanah yang dikaitan dengan kartel Musang King, Sin Woon (MCA) dan ahli Parlimen Raub ketika ini, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji daripada DAP," katanya. 

Ahmad Ashraf turut menyatakan sokongan penuh terhadap sebarang usaha kerajaan Pahang dalam membersihkan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam daripada aktiviti pembukaan tanah secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Kawasan penanaman durian Musang King di kawasan berkenaan kembali menjadi tumpuan selepas kerajaan negeri melancarkan Op Pamah bermula Ahad lalu, menyaksikan berlaku kekecohan antara kumpulan pekebun haram dan anggota penguatkuasa. 

Seramai 18 individu, termasuk seorang wanita disyaki pekebun haram ditahan kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub tanpa kebenaran pada Ahad lalu, dan direman dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Raub Yusri Wanu Suki.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 187 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat, dan turut disiasat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran. – Getaran, 9 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan