web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Warga Emas Ditemukan Selepas 6 Hari Dilaporkan Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:31AM

Abdul Rozak Muhammad (kiri) membantu anggotanya menarik tali kawasan polis berhampiran mayat dipercayai warga emas, Yaacob Lateh, yang ditemui meninggal dunia dalam hutan dekat Kampung Bukit Payong, Hulu Besut semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Polis menemui satu mayat yang dipercayai seorang lelaki warga emas, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lepas di dalam hutan di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, berdasarkan kepada pakaian pada mayat yang ditemui terbaring itu, ia dipercayai Yaacob Lateh, 83, yang dilaporkan keluar dari rumahnya dengan menunggang motosikal, pagi Ahad lepas.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu, kerana mayat itu telah pun berbau,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian petang tadi, yang terletak kira-kira dua kilometer daripada lokasi motosikalnya ditemui pada Isnin lepas.

Abdul Rozak berkata, mangsa yang dikatakan mengalami masalah kurang daya ingatan, dipercayai tidak menemui jalan pulang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Lubuk Kawah, di sini yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi penemuan mayat tersebut.

“Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut malam tadi untuk bedah siasat, dan proses pengecaman oleh waris. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Katanya operasi SAR hari ini melibatkan 120 individu terdiri daripada pasukan Polis Diraja Maysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta penduduk kampung. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan