web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masjid, Surau Akan Dibuka Jika Kes COVID-19 Menurun - Sultan Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 1:42PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah masjid dan surau di negeri itu akan kembali dibuka seperti biasa sekiranya kes jangkitan baharu COVID-19 terus menurun manakala peratusan pemberian vaksin berbanding jumlah populasi, meningkat.

Menurut kenyataan Sultan Sharafuddin yang dikeluarkan Istana Alam Shah hari ini, baginda bertitah sehingga perkara itu terjadi, seluruh umat Islam di Selangor perlu terus menunaikan solat dan beribadat di rumah serta tidak putus memanjatkan doa ke hadrat Allah agar menghapuskan wabak berbahaya itu.

Baginda juga memahami luahan hati rakyat dan rayuan umat Islam dalam media sosial dan surat yang menggesa rumah ibadat kembali berfungsi penuh, namun susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di Selangor, keputusan berkenaan terpaksa diambil.

“Oleh demikian, sehingga hari ini, walaupun berat hati, baginda masih berpendirian bahawa aktiviti keagamaan di masjid dan surau mesti dihadkan khususnya solat berjemaah, demi keselamatan seluruh umat Islam di Selangor yang baginda kasihi,” menurut kenyataan berkenaan yang dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office.

Baginda menzahirkan rasa dukacita dan kecewa kerana terpaksa memutuskan untuk terus mengehadkan fungsi masjid-masjid dan surau di negeri ini berikutan penularan wabak COVID-19.

“Sultan Selangor ingin menegaskan bahawa masjid di Selangor tidak pernah ditutup dan bukan sesuatu yang mudah untuk baginda menitahkan agar masjid-masjid mengehadkan kehadiran jemaah untuk menunaikan solat-solat fardu dan solat Jumaat.

“Keputusan ini diambil setelah meneliti dan memantau dengan terperinci data dan statistik penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negeri Selangor,” menurut kenyataan itu.

Apa yang membimbangkan baginda adalah pada akhir bulan lepas, data menunjukkan kematian dalam kalangan bangsa Melayu di Selangor mencecah 855 orang, iaitu lebih separuh daripada jumlah 1,571 kematian ketika itu.

Tambah kenyataan itu, beberapa minggu sebelum Ramadan misalnya, apabila kelonggaran diberikan untuk aktiviti ibadat dilakukan di masjid-masjid, kadar jangkitan terus merebak sehingga mewujudkan beberapa kluster baharu di masjid dan surau di negeri itu.

Baginda kesal meskipun prosedur operasi standard (SOP) dikawal dan diperketat di masjid-masjid, namun penularan wabak ini terus mengganas dan baginda sendiri tidak sanggup lagi melihat visual memilukan memaparkan kesedihan waris keluarga yang tidak berkesempatan menziarah di hospital dan menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

Baginda turut menasihatkan umat Islam agar kekal tabah dan bersabar kerana wabak ini adalah satu ujian dan dugaan supaya kita sentiasa mengingati kebesaran Allah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad