web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Media Perlu Pergiat Usaha Kenal Pasti, Bongkar Berita Palsu - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 1:46PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menggesa pihak media pelbagai medium termasuk stesen televisyen, radio, akhbar dan platform dalam talian untuk terus mempergiat usaha mengenal pasti serta membongkar berita palsu.

Beliau juga berharap pihak media mempergiat usaha meningkatkan kesedaran mengenai ancaman berita palsu dan langkah bagi mencegah perkara tersebut.

Menurutnya, terdapat peningkatan ketara penyebaran maklumat atau berita palsu kebelakangan ini sama ada mengenai pandemik COVID-19, vaksinasi, kesihatan, sosial mahupun politik dan keadaan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan orang ramai serta menjejaskan usaha membanteras penularan COVID-19 dengan berkesan.

“Dalam konteks penyebaran maklumat, pihak media bukan sahaja berperanan melaporkan berita sahih dan tepat, tetapi melindungi rakyat daripada berita palsu yang berpotensi menggugat usaha kerajaan dalam memerangi COVID-19 serta memelihara kesejahteraan dan kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata pihak media telah memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam memerangi berita palsu sejak bermula krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta beberapa agensi bertindak proaktif dalam mengekang peningkatan berita palsu terutamanya dalam konteks pandemik COVID-19.

Antaranya pemantauan oleh Pasukan Respon Pantas sejak Mac tahun lepas yang telah menangkis sebanyak 464 berita palsu, katanya.

Menurut Saifuddin, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 turut dikuatkuasakan mulai Mac 2021 bagi mencegah dan mengambil tindakan terhadap penyebaran berita palsu tentang COVID-19 dan kesihatan.

“Saya yakin terhadap kematangan pemikiran masyarakat dalam membuat penilaian berita palsu. Marilah bersama-sama mencegah berita palsu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad