web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, Sila Hentikan Penguatkuasaan Tidak Konsisten - MGCC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 2:44PM

Batu kapur diperlukan untuk merawat air dan pembuatan makanan seperti gula. - Gambar hiasan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menghentikan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten dalam menangani pandemik COVID-19.

Menurut Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-German (MGCC), pertukaran SOP di Selangor dan beberapa lokaliti di ibu negara, sejurus pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) telah mengelirukan semua ahli, khususnya dari sudut penguatkuasaan.

Memberikan contoh,  President MGCC, Joseph Gross berkata, larangan beroperasi bagi sektor industri yang disifatkan sebagai bukan keperluan, tetapi ia adalah sebahagian daripada rantaian bekalan bagi sektor industri penting.

“Contohnya seperti syarikat, Schaefer Kalk (Malaysia) Sdn Bhd di Kedah, yang tidak dibenarkan menjalankan aktiviti kuari batu kapur, sedangkan ia adalah kilang memproses bahan itu.

“Batu kapur diperlukan untuk merawat air dan pembuatan makanan seperti gula. Bekalan kapur syarikat itu sudah hampir habis dan kilang pemprosesan Schaefer terpaksa ditutup jika tidak mendapat bekalan yang secukupnya,” jelas Gross dalam satu surat terbuka di sini.

Justeru, beliau mencadangkan supaya kebenaran beroperasi kepada industri penting dipanjangkan kepada semua sektor rantaian bekalan yang tidak dapat beroperasi kerana dilabel sebagai “bukan keperluan”.

“Jika tidak, rantaian bekalan akan lumpuh. Apa yang paling penting adalah, komunikasi yang jelas dan konsisten supaya penguatkuasaan serta penggubalan SOP dan pelan pemulihan ekonomi dapat berjalan dengan selari,” tegasnya.

Gross menarik perhatian, MGCC turut mencadangkan supaya kawalan yang ketat dilaksanakan di semua fasiliti perkilangan dan penempatan pekerja, berbanding menutup sepenuhnya sektor ekonomi.

“Kami juga menggesa agar usaha pemvaksinan dijalankan dengan lebih pantas, malah semua ahli MGCC sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk memvaksinkan pekerja mereka,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan