web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kegagalan Sistem Kemudi Punca Pelanggaran Kapal Di Perairan Muar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 5:27PM

Keadaan ketika dua kapal berlanggar di perairan Muar. - Gambar ihsan APMM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kegagalan sistem kemudi disyaki menjadi punca pelanggaran dua buah kapal di kedudukan 14.1 batu nautika arah barat daya kuala Sungai Muar tengah malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal tangki MV Gagapagos yang berdaftar di Malta dilaporkan mengalami kegagalan sistem kemudi.

Katanya kapal tersebut bergerak ke kanan sehingga menghalang laluan kapal kargo MV Zephyr Lumos yang sedang memintas MV Galapagos.

“MV Zephyr Lumos yang berdaftar di United Kingdom itu telah gagal untuk mengelak himpitan daripada MV Galapagos lalu berlaku pelanggaran di sisi kanan kapal,” katanya.

Bagaimanapun, semua kru kedua-dua kapal itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Kedua-dua kapal yang masing-masing membawa 24 dan 26 kru itu kini ditahan untuk membantu siasatan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar, katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai isyarat kecemasan dari kedua-dua kapal itu menerusi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia, pada jam 12.30 tengah malam tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 bulan yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Bawak Kereta Jangan Leka, Kan Dah Kena...

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan