web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


92 Peratus Petugas Jabatan Imigresen Sudah Divaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jul 2021 1:36PM

Khairul Dzaimee (tengah) memeriksa dokumen milik PATI ketika mengetuai operasi di sebuah kawasan projek pembinaan perumahan di Yarra Park, Sungai Petani, tengah malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Sebanyak 92 peratus daripada 14,400 pegawai serta anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah menerima vaksin COVID-19 bagi melindungi diri masing-masing terutamanya apabila melakukan tugasan berisiko melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud, baki lapan peratus pegawai dan anggota itu pula ada sebahagiannya masih belum boleh divaksin atas faktor kesihatan.

Di samping itu katanya, terdapat segelintir pegawai dan anggota yang menolak untuk menerima vaksin tersebut.

"Selain masalah kesihatan, ada juga segelintir yang menolak dan mereka sedang dinasihatkan supaya mengambil vaksin itu.

"Memang ada dalam kalangan pegawai dan anggota yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini. Namun difahamkan, jangkitan itu bukan diterima ketika mereka menjalankan operasi sebaliknya berpunca daripada kes-kes sporadik lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi di sebuah kawasan projek pembinaan perumahan di Yarra Park, dekat sini, tengah malam tadi.

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud

Seramai 128 warga asing diperiksa dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12 tengah malam itu dengan 63 daripadanya terdiri daripada warga negara Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, ditahan.

Difahamkan, operasi itu dijalankan setelah terdapat aduan orang ramai mengenai lambakan warga asing di kawasan tersebut, dengan mereka kadang kala didakwa berkeliaran di kawasan kediaman penduduk tempatan.

Dalam pada itu katanya, Program Rekalibrasi PATI yang dilaksanakan bermula 16 November lalu mendapat sambutan sangat baik daripada golongan majikan dan pekerja setakat ini.

"Sehingga 8 Julai lalu, bilangan PATI yang mengikuti program Rekalibrasi Pulang adalah seramai 98,333 individu manakala mereka yang mendaftar untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di laman rasmi JIM pula kini mencecah kira-kira 143,000 orang.  

"Saya menyeru kepada semua majikan dan PATI untuk mengambil peluang mendaftar segera setelah kerajaan bersetuju melanjutkan program ini hingga Disember depan bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar," katanya.

Program Rekalibrasi Pulang merupakan program yang membenarkan PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela, tertakluk kepada beberapa syarat tertentu. 

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja pula ialah program khas untuk meregularisasi PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan tertakluk kepada syarat ketat diputuskan oleh kerajaan melalui JIM dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK). - Getaran 12 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah