web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pamer Darjah Kebesaran Tanpa Kebenaran, Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 3:41PM

Tertuduh keluar dari mahkamah sebaik membayar ikat jamin. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mempamerkan darjah kebesaran tanpa kebenaran bertulis, bulan lalu. 

Tertuduh, Mohamad Halmi Waramejini, 55, yang juga pengarah sebuah syarikat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mempamerkan lambang Darjah Seri Mahkota Perak - Datuk Seri (SPMP) tanpa kebenaran bertulis Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada kenderaannya. 

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan kira-kira jam 4 petang, 4 Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Caranday Park Setia Tropika di sini.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 17 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017, dibaca bersama Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 3(3) enakmen yang sama.

Mohamad Halmi berdepan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 September depan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahmam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad