web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan Guan Eng Pindah Kes Ditolak, Bicara Bermula Esok Di Mahkamah Sesyen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 8:08PM

Guan Eng hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, untuk proses pendengaran permohonan pindah kes rasuah beliau dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menghadapi empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu akan bermula esok di Mahkamah Sesyen di sini.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan Guan Eng untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

“Lazimnya, kes rasuah dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan didengar oleh hakim yang mempunyai kelayakan undang-undang dan sangat berpengalaman.

“Hakim Mahkamah Sesyen juga mempunyai kebolehan dan mampu menangani sebarang persoalan undang-udang yang berbangkit. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi,” kata hakim itu.

Selepas mendengar keputusan itu, peguam Gobind Singh Deo memohon mahkamah membenarkan penangguhan kes di Mahkamah Sesyen sementara pihaknya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah permohonan itu kerana pendakwaan sudah menyusun saksi untuk perbicaraan pada minggu ini.

Beliau berkata saksi yang akan dipanggil bukan dari Selangor atau Negeri Sembilan sebaliknya dari Pulau Pinang.

Muhammad Jamil kemudian menolak permohonan pembelaan untuk penangguhan kes. Guan Eng yang berpakaian sut hitam hadir pada prosiding hari ini.

Pada 8 Julai lepas, Guan Eng memfailkan permohonan supaya kesnya yang akan dibicarakan esok di Mahkamah Sesyen dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas alasan antara lain ia melibatkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung pemfailan penyataan pembelaan yang merupakan persoalan penting untuk mendapat perbicaraan adil yang boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Bagi kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 13 hingga 16 Julai, 28 dan 29 Julai, 16 hingga 20 Ogos, 6 hingga 10 Sept, 20 hingga 24 Sept dan 13 hingga 17 Dis 2021 sebagai tarikh perbicaraan kes itu.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Guan Eng didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan