web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganjur Kejut Sahur Dikompaun RM20,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 3:43PM

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan perhimpunan orang ramai tanpa sebarang penjarakan sosial pada hari terakhir Ramadan, Mei lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Tertuduh Jobby Basri, 30, didakwa melakukan aktiviti yang membabitkan kehadiran ramai orang sehingga sukar melakukan penjarakan sosial.

Kesalahan itu dibuat di hadapan bangunan Tinagat Plaza, Batu 2, Jalan Apas, pada jam 3.40 pagi, 12 Mei lalu.

Dia berdepan pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) Peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM20,000, gagal bayar penjara lima bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mei lalu, polis menyiasat satu video tular yang menyaksikan lebih 100 individu terdiri daripada remaja dan kanak-kanak berhimpun sambil mengejutkan orang kampung untuk bersahur di Kampung Baru, Batu 2.

Berdasarkan video berkenaan, peserta dilihat gagal melakukan penjarakan sosial selain sebahagian mereka juga sengaja tidak memakai pelitup separuh muka. 

Tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan penyebaran COVID-19, sekali gus menggagalkan usaha kerajaan memutuskan rantaian virus berkenaan. – Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad