web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Budak 6 Tahun Mati Diseret Lembu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 5:40PM

Ahmad Arifin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun maut selepas diseret lembu sejauh 50 meter di Kampung Rahmat di sini, semalam.

Insiden menyayat hati itu berlaku pada jam 6.40 petang semalam, ketika mangsa sedang berada bersama ayahnya.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan (DSP) Ahmad Arifin berkata, kanak-kanak malang terbabit bersama bapanya yang berusia 29 tahun pergi ke lokasi untuk membawa haiwan berkenaan pulang ke rumah mereka.

Menurut beliau, kaki mangsa terbelit tali pengikat haiwan tersebut, menyebabkan bapanya cuba melepaskan belitan itu.

"Ayah mangsa cuba membuka belitan tali di kaki anaknya yang menyebabkan lembu berkenaan terkejut dan melarikan diri.

"Ia menyebabkan kanak-kanak berkenaan terseret sejauh 50 meter hingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Beliau berkata, ayah mangsa membawa anaknya ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Katanya, siasatan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat diseret.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan dalaman.

"Siasatan lanjut pihak polis juga mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. – Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan