web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HTAR Nafi Jabatan Kecemasan Dan Trauma Dikosongkan Ketika Lawatan PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 11:31AM

Petugas kesihatan merawat pesakit COVID-19 ketika tinjauan di Zon Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 11 Julai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial mengatakan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu telah ‘dikosongkan’ kerana menerima lawatan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata perkara itu adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit yang setakat semalam, seramai 177 pesakit masih belum menerima rawatan.

Dr Zulkarnain memaklumkan trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 hingga 180 pesakit.

Beliau berkata pemindahan pesakit COVID-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai Wad COVID-19 adalah pelan kontigensi yang diambil bagi Pengurusan Bencana Peringkat Hospital.

Katanya pada 8 Julai, Wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenal pasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Pada 9 Julai pula, Kompleks Rawatan Harian (ACC) telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad merawat pesakit COVID-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan di dalam ruang yang selesa.

“Kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 ke Wad COVID-19 Berisiko Rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad, dan ia bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma,” katanya.

Mengenai isu berkaitan doktor pelatih diarah untuk berpindah dari Asrama Doktor Pelatih, Dr Zulkarnain berkata mereka telah dipindahkan ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) yang lebih selesa.

Beliau berkata ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan Blok A, B dan C Asrama Doktor Pelatih memandangkan Blok D Asrama Doktor Pelatih telah pun digunakan sebagai Pusat Saringan COVID (PSC) sejak April 2020.

Dr Zulkarnain berkata selepas semua pemindahan doktor pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada 12 Julai, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad COVID-19 Berisiko Rendah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan